Senarai watak anime Pokémon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pokémon, dikenali di Jepun sebagai Pocket Monsters (Jepun: ポケットモンスター, Hepburn: Poketto Monsutā), ialah sebuah siri anime televisyen Jepun berdasarkan siri permainan video Pokémon yang diterbitkan oleh Nintendo. Ia mula disiarkan di TV Tokyo pada 1 April 1997, dengan kerjasama MediaNet (dahulunya Softx) dan Shopro, bermaksud Shogakukan-Shueisha Productions Co., Ltd. (dahulunya Shogakukan Productions Co., Ltd.). Protagonis utama rancangan ini ialah Ash Ketchum, yang berusia sepuluh tahun yang bercita-cita tinggi untuk jadi "Pokémon master", yang mengambil bahagian dalam perlawanan yang melibatkan pertempuran dengan makhluk dipanggil Pokémon dalam wilayah fiksyen Kanto, Kepulauan Oren, Johto, Hoenn, Sinnoh, Unova, Kalos, Alola, dan baru-baru ini Galar. Ash selalunya disertai oleh rakan tikus elektrik-nya Pikachu, dan rakan manusia-nya yang selalu bertukar. Kebanyakan rakan-rakannya adalah jurulatih Pokémon, seperti Misty, Brock, Tracey Sketchit, May, Dawn, Iris, Cilan, Serena, Clemont, Lillie, Kiawe, Mallow, Lana, Sophocles dan Go walaupun sebahagian rakan Ash seperti adik May iaitu Max dan adik Clemont iaitu Bonnie, terlalu muda untuk membesarkan dan melatih Pokémon dengan sendiri.

Antagonis berulang sepanjang rancangan ini adalah pencuri komedi dari Pasukan Roket, terdiri daripada Jessie dan James dan Pokémon mereka, Meowth yang boleh bercakap dan kemudian seekor Wobbuffet. Ash juga berlawan dengan pesaingnya dalam pengembaraannya, termasuk Gary Oak, Ritchie, Harrison, Morrison, Tyson, Paul, Nando, Conway, Barry, Tobias, Trip, Bianca, Stephan, Cameron, Virgil, Tierno, Trevor, Sawyer, Alain, Gladion dan Hau.

Watak[sunting | sunting sumber]

Protagonis[sunting | sunting sumber]

Suara Bahasa Jepun: Rika Matsumoto; Hana Takeda (umur 6; siri baru, SS001)
Suara Bahasa Melayu: :
Satoshi adalah protagonis utama Pokémon anime. Seorang jurulatih Pokémon yang berumur 10 tahun, impiannya adalah untuk menjadi Pokémon Master yang paling hebat di dunia. Dia sikit berdasarkan atas Red,protagonis permainan video Pokémon Red dan Blue. Didalam siri ini, Satoshi bersaing dalam Liga Pokémon di Kanto, Kepulauan Oren, Johto, Hoenn, Sinnoh, Isshu, Kalos, dan Alola, dan juga bersaing dalam Battle Frontier di Kanto. Kini Satoshi bekerja di Institusi Sakuragi sebagai penolong penyelidik bersama rakan barunya Gou dan menerima seutas Dynamax Band dari Juara Wilayah Galar Dande untuk Kyodaimax Pikachu dia.
Suara Bahasa Jepun: Mayumi Iizuka (Jepun),
Suara Bahasa Melayu:
Rakan pengembara Satoshi yang pertama, Kasumi adalah seorang jurulatih Pokémon yang berumur 12 tahun yang mengembara dengannya sepanjang 3 siri pertama. Dia adalah salah satu daripada empat ketua Gim Bandar Hanada bersama dengan tiga orang kakaknya. Impiannya adalah untuk menjadi "Pokémon Master Air" yang paling hebat di dunia, tetapi cara dia untuk capainya tidak dijelaskan. Pada permulaan siri asal, dia sentiasa diperlekehkan oleh kakaknya. Pada penghujung siri asal, dia mengambil alih Gim Bandar Hanada. Kasumi adalah watak utama dalam siri asal dengan penampilan tetamu dalam siri Advanced Generation dan Sun & Moon.