Septimania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Septimania dalam tahun 537 CE

Septimania (Perancis: Septimanie,; Occitan: Septimània, ; Catalan: Septimània, ialah wilayah barat jajahan Rom Gallia Narbonensis yang jatuh kepada penguasaan Visigoth dalam tahun 462 CE, apabila Septimania diserahkan kepada raja mereka, Theodoric II. Ia dikenali sebagai Galia atau Narbonensis semasa di bawah penguasaan Visigoth. Ia hampir sama dengan wilayah moden Perancis Languedoc-Roussillon. Pada abad ke-8, ia dikuasai buat beberapa ketika oleh Amiriah Cordoba, sebelum ditakluk oleh Frank yang pada akhir abad ke-9 telah menamakannya Gothia atau Marca Gothica (Wilayah March Goth).

Septimania menjadi march Empayar Carolingian dan kemudiannya Francia Barat sehinggalah abad ke-13, walaupun dari segi budaya dan politik ianya terpisah daripada Perancis utara dan kerajaan pusat. Wilayah itu di bawah pengaruh Toulouse, Provence, dan Catalonia. Ia sebahagian daripada wilayah budaya dan bahasa yang disebut Occitania yang akhirnya diletakkan di bawah pemerintahan Perancis pada awal abad ke-13, akibat Perang Salib Albigensian. Ia dikenalis sebagai Languedoc dari akhir abad ke-13 dan selepas itu sejarahnya terikat dengan Perancis.

Nama Septimania mungkin terbitan nama Romawi bagi bandar Beziers, yakni Colonia Julia Septimanorum Beaterrae, yang mengambil sempena petempatan bekas tentera Legion Romawi ke-VII di bandar itu. Berkemungkinan juga nama Septimania merujuk kepada tujuh bandar (civitates) di wilayah tersebut: Béziers, Elne, Agde, Narbonne, Lodeve, Maguelonne, and Nimes. Septimania merangkumi kawasan garisan pertengahan di antara laut Mediterranean dan Sungai Garonne di arah barat laut; di arah timur, sungai Rhône memisahkannya dari Provence; dan di selatan sempadannya ialah Pyrenees.

Nota[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]


Koordinat: 43°36′N 3°12′E / 43.6°N 3.2°E / 43.6; 3.2