Serangan Lahore Mei 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serangan Lahore Mei 2010
Serangan Lahore Mei 2010
Lokasi Lahore, Pakistan
Tarikh 28 Mei 2010
14:00[1] – (UTC+5)
Jenis serangan Bom tangan & tembakan
Kematian 86[2]
Cedera 120+[3]
Pelaku Tehrik-i-Taliban Punjab[1]

Serangan Lahore Mei 2010 berlaku pada 28 Mei 2010 di Lahore, Punjab, Pakistan ketika Solat Jumaat. Dua masjid minoriti aliran Ahmadiyah diserang dengan bom. 86 orang terbunuh dan lebih 120 lagi cedera.[1]

Punca[sunting | sunting sumber]

Aliran Ahmadiyah sering menjadi sasaran kumpulan Sunni kerana menganggap aliran ini bertentangan dengan ajaran Islam. Pengikut Ahmadiyah menderita diskriminasi di Pakistan pada masa lalu. Ahmadiyah diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad pada 1889 dan mendakwa dirinya seorang Rasul utusan Allah. Beliau meninggal dunia pada 1908. Ramai pengikut Ahmadiyah tinggal di India.

Sejak 1973, Pakistan mengeluarkan fatwa / arahan tidak mengakui Ahmadiyah sebagai Muslim kerana mereka tidak mengakui Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir , suatu prinsip utama dalam Islam . Ali Dayan Hassan dari kumpulan Hak asasi manusia di Pakistan mengatakan bahawa mereka telah memberi amaran tentang kemungkinan serangan dan menyarankan kerajaan memberi tatacara keselamatan. Jemaah yang sedang sembahyang menjadi sasaran mudah . [4]

Serangan[sunting | sunting sumber]

Penyerang melemparkan bom tangan dan menembak di dua lingkungan perumahan yang berbeza. Satu daripadanya di luar masjid di daerah Shahu Garhi. Serangan hampir serentak di Darul Al-Zikr, Garhi Shahu dan Bait Al-Noor dengan jarak 15 km.

Saksi menyatakan 3 penyerang yang berpakaian 'vest' meletupkan diri mereka apabila polis cuba memasuki kawasan masjid. Mereka menggunakan senjata raifel AK-47, shotgun and grenad.

Seorang penyerang dilaporkan terbunuh dan 2 ditangkap sementara 7 masih bersembunyi di salah satu masjid. Seramai 3000 orang dilaporkan bersembunyi di dalam masjid selama pembakaran.

Pihak bertanggungjawab[sunting | sunting sumber]

Setakat ini puak Taliban Punjabi , sayap Taliban Pakistan mendakwa melakukan serangan itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]