Serangan bom buatan sendiri South Seas, Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serangan bom South Seas, Filipina
LokasiPusat beli-belah South Seas, Bandar Cotabato, Filipina
Tarikh13 Disember 2018
Jenis serangan
Pengeboman
SenjataAlat letupan reka ganti/Bom buatan sendiri (IED)
Kematian2[1][2]
Tercedera24[1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Satu letupan bom buatan sendiri (IED) telah berlaku di luar pusat beli-belah South Seas, Bandar Cotabato, Filipina pada 31 Disember 2018. Serangan ini telah mengakibatkan dua orang maut manakala sekitar 28 orang tercedera akibat kejadian ini. Kejadian ini berlaku sekitar pukul 2 petang.[1][2]

Insiden ini disyaki didalangi oleh kumpulan militan kecil yang menyokong kumpulan militan Daesh. Bom kedua yang aktif juga turut ditemui di lokasi yang sama.[3]

Siasatan awal menunjukkan reka bentuk bom itu sama dengan yang digunakan pada serangan lalu oleh militan Muslim tempatan yang telah berjanji setia kepada kumpulan ISIS. Pasukan kerajaan melancarkan serangan terhadap kumpulan militan milik kumpulan yang dipanggil Daulah Islamiyah minggu lepas dan sekurang-kurangnya tujuh anggota militan meninggal dunia dalam pertempuran.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Letupan bom, dua maut dan 24 cedera di Filipina". Utusan Malaysia. 31 Disember 2018. Dicapai pada 1 Januari 2018.
  2. ^ a b 2 dead, 23 wounded in blast outside Philippines shopping mall. CNN News. Diterbitkan pada 31 Disember 2018. Dicapai pada 1 Januari 2018.
  3. ^ Dua maut bom meletup di luar pusat beli-belah di Filipina. Berita Harian. Diterbitkan pada 31 Disember 2018. Dicapai pada 1 Januari 2018.
  4. ^ 2 dead, nearly 30 wounded in bomb blast at Philippine mall. Diterbitkan pada 31 Disember 2018. Dicapai pada 1 Januari 2018.
  5. ^ Two dead, nearly 30 wounded in bomb blast. The Star. Diterbitkan pada 31 Disember 2018. Dicapai pada 1 Januari 2018.