Setelah Ku Dimiliki (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Setelah Ku Dimiliki
Umum
PengarangZaza Qry
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitDear Novels
Tarikh penerbitan
2019
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman578
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789672116646

Setelah Ku Dimiliki ialah novel 2019 oleh penulis novel Malaysia, Zaza Qry, terbitan Dear Novels.[1] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2019.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sarrafia terkejut selepas kali pertama diperkenalkan dengan lelaki yang bernama Adriz itu. Lelaki yang buat tak tahu meskipun sudah melihat wajahnya. Pelik. Lantaklah, kalau tak kenal, lagi bagus. Lebih mudah. Dia pun bukan lagi perempuan terhegeh-hegeh serupa dulu.

“Saya tak pernah jumpa awak. Ini kali pertama saya jumpa awak. Tapi pelik sebab awak nampak tak sukakan saya.” - Adriz

Sarrafia naik menyampah apabila Adriz kerap mengekorinya.

Kalau tak kenal sudahlah, yang nak mengekor tu apa hal. Gila! Pula tu selalu Adriz cakap dia berasa tak tenang. Lagi gila, sudah dia tak tenang nak ajak orang lain tak tenang juga.

“Saya nak tebus apa yang berlaku antara kita dulu.” - Adriz

“Gila! Nak tebus apanya. Guna duit atau nak guna badan saya sekali lagi?”- Sarrafia

Kedegilan Adriz membuatkan Sarrafia menerima apa yang mahu ditebus oleh Adriz. Walaupun dalam hatinya tetap ada rasa yang sukar untuk difahaminya sendiri. Sarrafia idak mahu bahagia, tetapi dalam hatinya penuh dengan cinta untuk Adriz. Bahagia ataupun tidak biarlah masa yang menentukannya...

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 29 Oktober 2019 di TV3, dibintangi oleh Intan Najuwa, Zul Ariffin dan Tiz Zaqyah.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaza Qry (2018). Setelah Ku Dimiliki. Dear Novels. ISBN 9789672116646.
  2. ^ Setelah Ku Dimiliki by Zaza Qry Goodreads. Dicapai pada 2 Mac 2020.
  3. ^ Zaidi Che (4 November 2019). "Setelah Ku Dimiliki: Zul Ariffin Mesra Dengan Intan Najuwa, Tiz Zaqyah Cemburu?". Stail.my. Dicapai pada 4 November 2019.