Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tiz Zaqyah (lahir Oktober 25, 1988) ialah pelakon, model dan penyanyi Malaysia. Tiz memulakan karier dalam industri lakonan Malaysia melalui berlakon dalam watak sampingan dan lakonan pertama Tiz adalah dalam siri drama televisyen Gol & Gincu The Series. Pada tahun 2009, Tiz memegang watak utama dalam drama Nur Kasih yang membuat Tiz dikenali dan di calonkan dalam pelbagai anugerah. Tiz dikenali dengan karakter Nur Amina dalam Nur Kasih dan Tiz telah menerima anugerah "Pelakon TV Wanita Popular" di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.[1]
Tiz dilahirkan pada Oktober 25, 1988, di Kuala Lumpur, Malaysia. Tiz merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik dan mempunyai seorang kakak. Tiz bersekolah di Sekolah Menengah Subang Jaya dan tamat persekolahan pada November 2005.[2] Tiz memulakan karier sebagai pelakon pada umur 18 tahun. Tiz telah disenaraikan dalam 10 artis wanita tercantik Malaysia apabila bertudung.[3] Pada Oktober 24, 2011, Tiz, Remy Ishak dan Eman Manan dikatakan pelakon yang mempunyai aura apabila berlakon.[4] Pada Oktober 27, 2011, Remy Ishak telah memberitahu bahawa dia dan Tiz mempunyai hubungan yang istimewa dan kedua-duanya memberitahu bahawa mereka masih mengenali diantara satu sama lain.[5] Pada akhir September 2012, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa dia dan Tiz Zaqyah telah memutuskan hubungan sejak 3 bulan lepas dan mereka masih menjalani hubungan yang baik sebagai kawan.[6][7][8][9][10]
2006-2012: Karier awal, kejayaan utama dan Nur Kasih [sunting]
Kejayaan yang telah dicapai Tiz ialah melalui drama Nur Kasih yang diarahkan oleh Kabir Bhatia.[11] Pada 2010, dikhabarkan yang drama Nur Kasih akan difilemkan dan ditayangkan pada tahun 2011. Tiz akan berduet bersama Yasin untuk lagu tema filem Nur Kasih The Movie.[12] Pada tahun 2011, Tiz berlakon dalam beberapa drama hebat seperti Gemilang dan Soffiya. Dalam drama Gemilang Tiz memainkan karakter sebagai guru yang mahu pelajarnya cemerlang dalam pelajaran mereka, dan dalam drama Soffiya pula, Tiz memainkan watak sebagai seorang remaja perempuan yang mempunyai banyak masalah dan teleh di rogol oleh bapa kandungnya sendiri.[13]. Pada tahun 2012, Tiz terbabit dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu. Dalam drama ini, Tiz membawakan watak seorang wanita yang baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan jantung dan dia memiliki ciri-ciri keperibadian pemilik asal jantung itu yang membuatkan dia tertaut hati kepada lelaki merupakan kekasih pemilik asal jantungnya itu. Setakat ini, Tiz telah berlakon sebanyak dua buah filem iaitu Nur Kasih The Movie dan Cinta Kura Kura. [14]
| Tahun |
Tajuk |
Watak |
Siaran TV |
Terbitan |
| 2007 |
Bernafas Dalam Lumpur |
|
ntv7 |
Red Films |
| 2008 |
Seandainya Aku Siti |
Farah |
ntv7 |
Red Films |
| 2009 |
Puaka Topeng Putih |
Aini |
Astro Ria |
|
| Korban Kasih Marlisa |
Nuraina |
TV3 |
Grand Brilliance |
| 2010 |
Keabadian Cinta |
Dina |
Astro Citra |
Filmscape |
| Kuih Makmur |
Mastura |
TV3 |
Grand Brilliance |
| Suzana |
Suzana |
TV3 |
Mulia Communication |
| Cinta Akhbar |
Nuraini |
TV9 |
Grand Brilliance |
| 2011 |
Mesej Terakhir |
Kartini |
TV3 |
Grand Brilliance |
| 7 Lagu |
Tania / Hajar |
Astro Citra |
Filmscape |
| Bukan Untukku |
Izzati |
TV1 |
Eranet |
| Geisha Melayu Terakhir |
Ai Ling |
Astro Ria |
Cube Film |
| Dari Kedah Ke Kuala Lumpur |
Isteri Zamri |
TV3 |
Primeworks Studios |
| Pencari Jalan Lurus |
Naelah |
TV AlHijrah |
Global Station |
| Buat Tatapan Yang Tercinta |
Nora |
Astro Prima |
Dark Wave Pictures |
| Aduh Sayang |
Nani |
TV3 |
Filmscape |
| 2012 |
Runtuhnya Sebuah Dosa |
Emelda |
TV3 |
Rumah Karya Citra |
| Sabar Tak Sabar |
Farhana |
TV3 |
Rumah Karya Citra |
| Biarlah Rahsia |
Nila |
Astro Prima |
Global Station |
| 2013 |
Keroncong Untuk Ana |
Rohayu |
Astro Prima |
Rumah Karya Citra |
| XOXO |
Aleesha |
TV9 |
Filmscape |
Anugerah dan pencalonan [sunting]
- 2012: May
- 2012: Pati Prun Nur Kasih
- ↑ Senarai pemenang ABPBH 2009. mediamalaya. April 4, 2010. Retrieved April 7, 2010.
- ↑ Zaman sekolah Tiz Zaqyah. ohbulan. March 9, 2011. Retrieved March 13, 2011.
- ↑ 10 artis wanita tercantik Malaysia bila bertudung. beautifulnara. August 10, 2011.
- ↑ Eman Manan, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah pelakon yang ada aura. bh online. October 24, 2011. Retrieved Oktober 27, 2011.
- ↑ Tiz Zaqyah dan Remy Ishak bercinta. bh online. October 27, 2011. Diambil Oktober 29, 2011.
- ↑ Kami Benar-Benar Putus Cinta Kali Ini – Tiz Zaqyah. Beautiful Nara. Oktober 1, 2012.
- ↑ Sudah 3 Bulan Remy Ishak, Tiz Zaqyah Putus Cinta. murai. September 24, 2012.
- ↑ Tiz Zaqyah dan Remy Ishak Putus Cinta. Sensasi Selebriti (budiey). September 27, 2012.
- ↑ Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Putus Cinta. Beautiful Nara. September 24, 2012.
- ↑ Remy, Tiz sah putus cinta. Kosmo.
- ↑ Drama Nur Kasih Ditonton 5 Juta Orang. mStar Online. December 1, 2009. Retrieved Disember 5, 2009.
- ↑ Tiz Zaqyah menyanyi lagu tema filem Nur Kasih The Movie. beautiful nara. Retrieved May 1, 2011.
- ↑ Tiz Zaqyah memainkan karakter sebagai mangsa rogol. ohbulan. September 21, 2011. Retrieved September 25, 2011.
- ↑ Cinta Kura Kura filem terbaru Tiz Zaqyah dan Aeril Zafril. ohbulan. March 15, 2011. Retrieved March 27, 2011.
- ↑ Aaron Aziz, Tiz Zaqyah Cikgu Baru Oh My English!. murai. Mac 21, 2013.