Shaikh Wahid Abdul Salam Bali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Shaikh Wahid Abdul Salam Bali, juga dikenali sebagai Sheikh Wahid Abdul Salam al-Bali adalah seorang ulamak Islam yang tinggal di Mesir.

Beliau dikenali sebagai pakar merawat penyakit menggunakan bacaan ayat-ayat suci Al Quran terutamanya penyakit sihir dan gangguan jin.

Dua buah buku beliau yang popular dan menjadi rujukan golongan pengamal rawatan cara Islam adalah seperti berikut:

1. Ash Shorimul Battar fit Tashoddi lis Saharotil Asyroori. Bukunya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan judul "Sihir Dan Cara Pengubatannya Menurut Islam".

2. Wiqoyatul Insaan minal Jinni wasy Syaithon. Bukunya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan judul "Kerasukan Jin & Syaitan Dan Penawarnya Menurut Islam".