Shanon Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shanon Shah
Berasal dari Alor Star, Kedah
Genre Soul
Pekerjaan Penyanyi, Penulis lagu, Wartawan
Instrumen Piano
Tahun aktif 2001 -
Label Interglobal Music

Shanon Shah ialah seorang penyanyi dan penulis lagu dari Malaysia. Beliau telah mengeluarkan sebuah album berbahasa Melayu bertajuk Dilanda Cinta di bawah label Interglobal Music.

Sungguhpun pernah berlatih dalam kejuruteraan kimia, Shanon juga bekerja sebagai wartwan dan penganalisa risiko kredit. Beliau juga mendukung kesedaran hak asasi manusia sekuat-kuatnya, terutamanya sebagai pelatih dan pemudah dalam bidang ini.

Beliau memberi tumpuan kepada isu kejantinaan, seksualiti, HIV/AIDS dan Islam. Shanon juga menulis untuk theSun dan pernah menulis bagi mdia cetak seperti New Straits Times, Kakiseni.com dan MuslimWakeUp.com (sebuah majalah Muslim Progresif atas talian).

Pada tahun 2003, Shanon memenangi Anugerah Artis Harapan Mandarin Oriental Fan of the Arts pada Anugerah Seni Cameronian Boh Tahunan ke-2. Tiga tahun kemudian, beliau memenangi Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) dalam Anugerah Industri Muzik yang ke-13.

Pada tahun 2007, Shanon menyertai pertandingan Ikon Malaysia yang pertama.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 2001 - Juara Tempat Pertama - Lagu "Kisahmu Belum Berakhir" & Mencipta lagu Patriotik alaf baru, Anjuran Kolej Muzik Antarabangsa Malaysia
  • 2003 - Mandarin Oriental Fan of the Arts Most Promising Artist Award, 2nd Annual Boh Cameronian Arts Awards
  • 2006 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), AIM13

Album[sunting | sunting sumber]

  • Dilanda Cinta (2005)