Pergi ke kandungan

Ikon Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ikon Malaysia rangan pertandingan menyanyi realiti yang tidak seperti pertandingan sebegini yang lain, kerana rancangan ini bukan mencari bintang baru, sebaliknya mencari seorang tokoh baru antara artis-artis sedia ada. Rancangan ini dilancarkan bersama Ikon Indonesia dan Ikon Philippines pada lewat tahun 2006 sebagai satu inisiatif untuk mencari bintang yang layak mewakili negara masing-masing dalam peringkat Asia Tenggara.

Ikon Malaysia mula disiarkan di Astro Ria pada bulan Mei 2007 dengan Sarimah Ibrahim dan Dynas Mokhtar sebagai pengacaranya.

Ikon Malaysia
FormatTelevisyen realiti
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim1
Penerbitan
Tempoh siaran2 jam
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro @15
Siaran asalMei 2007 – 28 Julai 2007

Peringkat pengenalan

[sunting | sunting sumber]
Intro IKON MALAYSIA

Episod pengenalan ini membuka tirai Ikon Malaysia dengan paparan maklumat format, konsep dan sistem undian program. Turut diperkenalkan sepuluh artis dan sembilan kumpulan muzik yang telah dipilih oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan barisan panel.

Profil IKON MALAYSIA

Ini merupakan landasan pengenalan para peserta Ikon Malaysia. Selain mempamerkan bakat mereka, Turut dipaparkan gaya hidup dan temuramah eksklusif, serta tayangan klip video dan persembahan mereka.

Pentas Ikon Malaysia

[sunting | sunting sumber]
Saringan

Para peserta akan bertanding (artis solo dan kumpulan di malam berlainan) untuk mendapat tempat di pusingan separuh akhir. Siaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, persembahan-persembahan para peserta diadili oleh juri (70%) dan undian SMS penonton (30%).

Buzz IKON MALAYSIA

Program ini memberikan informasi dan liputan terkini serta mengimbas kembali persembahan-persembahan di Pentas IKON. Tonton Buzz Ikon untuk mengetahui keputusan pemenang-pemenang untuk Pentas Ikon.

Klip IKON MALAYSIA

Program ini menampilkan video-video muzik serta klip persembahan artis-artis yang terlibat dalam Ikon Malaysia.

Pusingan Separuh Akhir

Selepas melalui peringkat saringan, lima orang artis solo dan lima kumpulan muzik melayakkan diri mereka ke pusingan ini lalu berentap untuk menjadi finalis Ikon Malaysia.

Pusingan Akhir

Melalui sistem penghakiman 70% juri dan 30% undian, seorang artis solo dan sebuah kumpulan muzik bakal merealisasikan impian mereka dengan meraih gelaran Ikon Malaysia lalu mewakili negara untuk Ikon ASEAN.

Musim pertama (2007)

[sunting | sunting sumber]

Artis Status
Dayang Nurfaizah Finalis
Jaclyn Victor Finalis
Mawi Finalis (wildcard)
Farah Anuar Separuh akhir
Reshmonu Separuh akhir
Adam Pusingan pertama
Daniel Lee Chee Hun Pusingan pertama
Dina Nadzir Pusingan pertama
Ezlynn Pusingan pertama
Shanon Shah Pusingan pertama

Berkumpulan

[sunting | sunting sumber]
Artis Status
OAG Finalis
Flop Poppy Finalis
Def Gab C Finalis (wildcard)
Gerhana Skacinta Separuh akhir
Jinbara Separuh akhir
May Separuh akhir
Amuk Pusingan pertama
Disagree Pusingan pertama
Mirwana Pusingan pertama

Info rancangan

[sunting | sunting sumber]

Rancangan pengenalan

[sunting | sunting sumber]
Intro Ikon Malaysia (21 Mei 2007)
Profil Ikon Malaysia (22 Mei6 Jun 2007)

Kedua-dua rancangan ini diacarakan oleh Sarimah Ibrahim.

Pentas Ikon Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Pertandingan yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya diadili 30% melalui undian penonton dan 70% melalui keputusan juri profesional.

Pusingan pertama
Solo (19 Jun 2007)
Sepuluh orang artis solo bertanding untuk mendapat tempat di pusingan separuh akhir.
Berkumpulan (22 Jun 2007)
Sembilan kumpulan muzik bertanding untuk mendapat tempat di pusingan separuh akhir.
Separuh Akhir (7 Julai 2007)

Berikut merupakan peserta-peserta yang layak ke pusingan ini, mengikut susunan kemunculan di pentas.

  1. Gerhana Skacinta
  2. Farah Anuar
  3. Flop Poppy
  4. Dayang Nurfaizah
  5. OAG
  6. Reshmonu
  7. May
  8. Mawi
  9. Jaclyn Victor
  10. Jinbara

Pada 10 Julai 2007, Jac, Dayang, kumpulan-kumpulan OAG dan Flop Poppy dipilih sebagai empat artis pertama untuk memasuki peringkat akhir. Mawi dan kumpulan Def Gab C telah dipilih untuk mengikuti mereka ke peringkat tersebut melalui undian wildcard yang akan diketahui keputusannya pada 17 Julai.

Akhir (28 Julai 2007)

Jaclyn Victor dan kumpulan OAG dinobatkan sebagai "Ikon Malaysia" yang mewakili negara di Ikon ASEAN yang diadakan pada 12 Ogos 2007 di Putrajaya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]