Shh (lagu Elizabeth Tan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"SHH"
Single oleh Elizabeth Tan
Dilancarkan pada6 Disember 2019
Dirakamkan pada2019
FormatMuat turun digital, media penstriman
Panjang3:39
SyarikatWarner Music Malaysia
PenulisHael Husaini, Ezra Kong
PenerbitHael Husaini, Ezra Kong
Kronologi Kronologi single Elizabeth Tan
""Hidup Semula"
(2019)"
"SHH"
"SHH" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Shh" (digayakan dalam huruf besar) ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi Elizabeth Tan yang bakal dimuatkan dalam album studio pertamanya yang akan datang. Lagu ini dicipta oleh Hael Husaini dan Ezra Kong dan dikeluarkan pada 6 Disember 2019 oleh Warner Music Malaysia.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Elizabeth Tan berkata mengenai lagu ini:

"Lagu ini bukan saja mengambil inspirasi daripada melodi asal lagu rakyat ‘Lenggang Kangkung’ malah lenggok melodinya juga diberikan interpretasi moden apabila digabungkan dengan melodi ciptaan Hael dan Ezra. Hael dan Ezra sememangnya kreatif dalam penciptaan lagu malah kerja-kerja produksi mereka setaraf dengan produksi antarabangsa dan Lizzy sangat selesa bekerja dengan mereka kerana mereka memahami citarasa dan kekuatan vokal Lizzy. Lizzy berharap lagu ini sekali lagi mendapat sambutan positif peminat, dan mereka akan terhibur menyaksikan persembahan Lizzy dalam video muzik rasmi lagu ini nanti,"[2]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video lagu "SHH" telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Warner Music Malaysia pada hari keluarannya dan mencapai tontonan hampir 300 ribu tontonan.[3][4]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital
  1. "SHH" – 3:33

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 6 Disember 2019 Muat turun digital
Media penstriman[5]
Warner Music Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farihad Shalla Mahmud (28 November 2019). "Penampilan saya tiada beza dengan artis K-pop - Lizzy". Berita Harian. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  2. ^ Budiey (6 Disember 2019). "Single SHH Nyanyian Elizabeth Tan Suntik Eleman Lagu Rakyat". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  3. ^ "Baru 4 Hari Di Youtube, Lagu Baru Elizabeth Tan Raih Hampir 300 Ribu View, Aura Dia, Fuhh..". Era. 6 Disember 2019. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  4. ^ Ain Mahthir (6 Disember 2019). "'Shh' Dari Elizabeth Tan Raih Lebih 242K Tontonan Baru 3 Hari Di YouTube". Himpunan Cerita Lawak. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  5. ^ "SHH - Single by Elizabeth Tan". Spotify. 6 Disember 2019. Dicapai pada 11 Disember 2019.