Police Entry

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Police Entry"
Single oleh Elizabeth Tan
Dilancarkan pada6 Julai 2018 (Digital)
Dirakamkan pada2018
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop
Panjang3:33 minit
SyarikatWarner Music Malaysia
PenulisHael Husaini, Ezra Kong
PenerbitHael Husaini, Ezra Kong
Kronologi Kronologi single Elizabeth Tan
""Darling"
(2017)"
"Police Entry" ""Semua Sudah"
(2018)"
"Police Entry" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Police Entry" merupakan lagu nyanyian Elizabeth Tan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2018 oleh Warner Music Malaysia. Lagu yang berkisarkan gelagat lelaki yang suka berbohong ini merupakan hasil ciptaan bersama oleh Hael Husaini dan Ezra Kong, ia merupakan salah satu daripada dua single yang dikeluarkan oleh Elizabeth pada 2018.[1][2][3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sewaktu majlis pelancaran single ini pada 6 Julai 2018, Elizabeth memberitahu ia mengambil inspirasi daripada lagu permainan kejar-mengejar yang dikenali sebagai polis sentri.[4][5][6] Beliau berkata: "Tidak ramai yang boleh jadikan permainan kanak-kanak sebagai lagu. Susunan muzik dan lirik memang sangat menarik. Saya gembira kerana diberikan lagu ini,".[7]

Lagu ini merupakan kerjasama pertama Elizabeth bersama Hael dan Ezra. Beliau menjelaskan penerbitan lagu "Police Entry" mempunyai kaitan dengan hubungan cintanya dengan seorang pemuda Melayu sambil menyatakan "Memang saya tujukan lagu ini kepada penipu itu!".[8][9][10] Dalam temuramah bersama Malaysiakini, Elizabeth berkata beliau tidak mahu "Police Entry" dikaitkan dengan isu semasa atau tokoh yang tertentu, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak yang dihadapkan dengan tuduhan jenayah di mahkamah.[11]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video "Police Entry" dimuat naik di saluran YouTube rasmi Warner Music Malaysia dan ia diarahkan sendiri oleh Elizabeth.[12] Beliau pada asalnya untuk tampilkan pelakon Zul Ariffin untuk muzik videonya, namun akibat jadual kerja yang tidak menyebelahi mereka, tempat Zul digantikan oleh pelakon Harris Annuar. Penggambaran video muzik dijalankan pada 6 dan 30 Jun 2018, di sebuah gudang di Petaling Jaya. Elizabeth berkata mengenai muzik video "Police Entry": "Dalam imaginasi saya, video muzik ini berkonsep gabungan tarian filem Burlesque dan K-pop. Saya mahu lenggok tarian ditampilkan lebih ghairah. Atas alasan itu saya mencampurkan kedua-dua gaya tarian terbabit,".[13]

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

"Police Entry" dipersembahkan secara langsung buat pertama kali oleh Elizabeth dalam rancangan Pop Express di ntv7 dan dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria.[14]

Versi lagu saduran[sunting | sunting sumber]

"Police Entry" dipersembahkan oleh Baby Shima dalam minggu terakhir konsert Big Stage pada 23 September 2018.[15]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital
  1. "Police Entry" – 3:33[16]

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 6 Julai 2018 Muat turun digital[16]
Media penstriman[17]
Warner Music Malaysia

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Lagu MeleTOP Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ #TULAR: Elizabeth Tan tampil seksi dengan Police Entry Diarkibkan 2018-08-15 di Wayback Machine Stail.my (18 Julai 2018). Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  2. ^ Tahir Alhamzah (7 Julai 2018). "#Showbiz: Singer Elizabeth Tan dedicates new single, Police Entry to ex-beau". New Straits Times. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  3. ^ Zaidi Mohamad (8 Jun 2018). "Elizabeth Tan ajak 'layan' Police Entry". Berita Harian. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  4. ^ Zaidi Mohamad (6 Julai 2018). "Memang lagu untuk dia - Elizabeth Tan". Berita Harian. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  5. ^ "Under arrest for heartache Tan releases police-themed song about ex-boyfriend". The Star Online. 31 Julai 2018. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  6. ^ "'Beruntunglah badan ...' Elizabeth Tan". Astro Awani. 11 Julai 2018. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  7. ^ Ardini Sophia Sina (10 Julai 2018). "Nyanyian buat bekas kekasih". Harian Metro. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  8. ^ Mohd Al Qayum Azizi (6 Julai 2018). ""Memang tuju pada penipu tu!" - Elizabeth Tan". mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  9. ^ "Elizabeth Tan tuju lagu buat bekas kekasih". Kosmo!. 12 Julai 2018. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  10. ^ "Lagu "Police Entry" Tuju Untuk Lelaki Penipu?". XTRA. 6 Julai 2018. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  11. ^ Nadia Azam (6 Julai 2018). "Police Entry dinyanyi Lizzy bukan sindir bekas PM". Malaysiakini. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  12. ^ "'Police Entry' Taruhan Terbaru Elizabeth Tan". XTRA. 6 Jun 2018. Dicapai pada 25 Julai 2018.
  13. ^ Zaidi Mohamad (15 Ogos 2018). "'Police Entry' Taruhan Terbaru Elizabeth Tan". Berita Harian. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  14. ^ "Elizabeth Tan - Police Entry | POP TV". YouTube. 24 Julai 2018. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
  15. ^ "Baby Shima - Police Entry | Big Stage". Astro Gempak. 24 September 2018. Dicapai pada 24 September 2018.
  16. ^ a b "Police Entry - Single". iTunes Store (MY). Apple. 6 Julai 2018. Dicapai pada 1 April 2019.
  17. ^ "Police Entry - Single by Elizabeth Tan". Spotify. 6 Julai 2019. Dicapai pada 1 April 2019.