Shiri Appleby

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shiri Appleby
Shiri.jpg
Kelahiran Shiri Freda Appleby
7 Disember 1978 (35 tahun)
Los Angeles, California, USA
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1982–kini
Rakan seperjuangan Jon Shook (2010-kini; bertunang)

Shiri Freda Appleby (lahir 7 Disember 1978) merupakan pelakon Amerika Syarikat. Beliau dikenali sebagai Liz Parker menerusi Roswell.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Permulaan Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Appleby dilahirkan di Los Angeles, California. Beliau dan adik lelakinya, Evan, telah dibesarkan di San Fernando Valley. Bapanya, Jerry Appleby, merupakan eksekutif telekomunikasi dan ibunya, Dina Bouader, merupakan warga Israel.[1] Dalam Bahasa Ibrani, "Shiri" bermakna "laguku" atau "nyanyi". Appleby mempunyai sepasang mata dan rambut yang kecoklatan dan tinggi sekitar 5'3". Pernah digigit seekor anjing dan meninggalkan parut.

Appleby graduan Calabasas High School (Calabasas, California) pada 1997 dan meneruskan pengajian dalam Kesusasteraan Inggeris di University of Southern California. Beliau juga mendalami bidang seni teater. Beliau seorang yang rajin membantu dan selalu terlibat dalam hal-hal kebajikan.

Pernah mengadakan temujanji bersama pemain dram Linkin Park, Rob Bourdon. Mereka pernah bersekolah di sekolah tinggi yang sama.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Appleby memulakan lakonan pada usia empat tahun apabila membintangi iklan-iklan seperti Cheerios dan M&M's. Namun, iklan pertama beliau adalah untuk Raisin Bran tetapi tidak pernah ditayangkan kepada umum. Pernah terbabit dalam beberapa drama seperti thirtysomething (1987), Doogie Howser, M.D. (1989), ER (1994), Baywatch (1989), Xena: Warrior Princess (1995), 7th Heaven (1996) and Beverly Hills 90210 (1990). Untuk Roswell, beliau mencuba watak sebagai Isabel dan Maria tetapi watak sebagai Liz Parker yang telah diberikan kepadanya

Appleby pernah terbabit dalam video muzik Bon Jovi "It's My Life" bersama Will Estes. Beliau juga terbabit dalam video muzik untuk lagu "I Don't Want To Be" oleh Gavin DeGraw, bersama Scott Mechlowicz pada 2004. Beliau juga terbabit untuk video muzik Sense Field, "Save Yourself" yang menjadi lagu tema Roswell.[2]

2006 menyaksikan beliau terbabit di dalam drama “Six Degrees” sebagai Anya.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Peranan
2008 Charlie Wilson's War
2007 The Killing Floor Rebecca Fay
2007 What Love Is]] Debbie
2006 Carjacking Cary
2006 I'm Reed Fish Woman
2006 I-See-You.Com Randi Sommers
2005 When Do We Eat? Nikki Stuckman
2005 Havoc Amanda
2004 Undertow Violet
2003 The Battle of Shaker Heights Sarah
2003 The Skin Horse Carla
2002 Swimfan Amy Miller
2000 A Time for Dancing Samantha 'Sam'
1999 The Thirteenth Floor Bridget Manilla
1999 The Other Sister
1999 Deal of a Lifetime Laurie Petler
1993 Family Prayers Nina
1990 I Love You to Death Millie
1988 Curse II: The Bite Grace
1987 The Killing Time Annie Winslow
2007 To Love and Die in L.A. Hildy Young
2006 The Thrill of the Kill Kelly Helms
2005 1/4life Debra
2005 Pizza My Heart Gina Prestolani
2005 Everything You Want Abby Morrison
2004 Darklight Lilith/Elle
2003 Project Greenlight 2 Diri sendiri
1999 Roswell Liz Parker
1999 Movie Stars Lori
1994 ER Ms. Murphy
1992 Perfect Family Steff
1991 Sunday Dinner Rachel
1989 Knight & Daye Amy Escobar
1988 Go Toward the Light Jessica
1988 Blood Vows: The Story of a Mafia Wife
1986 Mystery Magical Special Diri sendiri
2007 Six Degrees (episod 1.8, Get a Room) Anya
2007 Six Degrees (episod 1.7, Slings and Arrows) Anya
2006 Six Degrees (episod 1.6, What You Wish For) Anya
2006 Six Degrees (episod 1.5, Masquerade) Anya
2006 Six Degrees (episod 1.4, The Puncher) Anya
2006 Six Degrees (episod 1.3, A New Light) Anya
2002 The Late Late Show with Craig Kilborn Diri sendiri
2002 The Rosie O'Donnell Show Diri sendiri
2000 The Amanda Show Nerd
2000 Batman Beyond (episod 2.13) Cynthia (suara)
1999 Beverly Hills 90210 (episod 9.22) Rene
1998 Xena: Warrior Princess (episod 3.14) Tara
1998 Xena: Warrior Princess (episode 4.6) Tara
1997 City Guys (episod 1.13) Cindy
1997 7th Heaven (episod 2.7) Karen
1997 Baywatch (episod 7.18) Jennie
1994 ER (episod 1.0) Ms. Murphy
1993 Against the Grain (episod 1.1) Claire
1993 Doogie Howser, M.D. (episod 4.19) Molly Harris

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Pfefferman, Naomi (July, 2005). "Valley to Hollywood: An Actress' Journey". Diperoleh pada 2006-12-13. 
  2. Kenna (2004-02-05). "DVD Review: Roswell: The Complete First Season". News and Information. Crashdown.com. Diperoleh pada 2006-09-23. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]