Shou Zi Chew

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shou Zi Chew
Kelahiran (1983-01-01) 1 Januari 1983 (umur 41)
PendidikanKolej Universiti London
Universiti Harvard
Pekerjaan
  • Ahli perniagaan
  • Usahawan
PangkatCEO TikTok (2021–kini)
PasanganVivian Kao
Anak-anak2
Shou Zi Chew
Cina Tradisional: 周受資
Cina Ringkas: 周受资

Shou Zi Chew (Cina: 周受资; pinyin: Zhōu Shòuzī; lahir 1 Januari 1983) ialah seorang ahli perniagaan dan usahawan berwarganegara Singapura yang telah menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) TikTok sejak 2021.[1][2][3]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Chew telah dilahirkan pada 1 Januari 1983 di Singapura.[4] Bapanya bekerja di kawasan pembinaan manakala ibunya seorang penjaga buku.[5] Selepas penamatkan pengajiannya di Institusi Hwa Chong, Singapura,[5] Chew telah meneruskan perkhidmatannya dalam Khidmat Negara Singapura di mana beliau merupakan pegawai yang bertauliah dalam Angkatan Bersenjata Singapura.[5] Selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraannya, Chew telah melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti London,[6] di mana beliau telah menamatkan pengajiannya pada tahun 2006 dengan ijazah Sarjana Muda Ekonomi.[7] Pada tahun 2010, beliau telah menamatkan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Harvard.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2021, Chew menyertai ByteDance dengan menjawat jawatan ketua pegawai kewangan.[8][9] Beliau kemudiannya menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok iaitu, Kevin A. Mayer,[10] setelah meninggalkan anak syarikat ByteDance selepas tiga bulan berkhidmat.[11]

Pada Mac 2023, Chew telah memberi keterangan di hadapan Kongres Amerika Syarikat berhubung usaha perundangan dalam pengharaman TikTok di Amerika Syarikat.[12]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Chew ialah rakyat Singapura. Dia telah berkahwin dengan Vivian Kao, seorang warga Amerika berketurunan Taiwan. Mereka telah dipertemukan pada tahun 2008 semasa belajar di Harvard Business School, Universiti Harvard.[5] Pasangan itu telah mempunyai dua anak,[5] dan bermastautin di Singapura.[13]

Chew suka bermain golf dan membaca buku mengenai fizik teori pada masa lapangnya.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "TikTok CEO to meet EU antitrust chief Vestager on Tuesday". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 6 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2023. Dicapai pada 13 January 2023.
  2. ^ "TikTok CEO Shou Zi Chew Will Launch a European Charm Offensive After the Company Admitted ... - Latest Tweet by Bloomberg". LatestLY (dalam bahasa Inggeris). 10 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2023. Dicapai pada 13 January 2023.
  3. ^ "TikTok Launches EU Charm Offensive Amid US Crackdown". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 10 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2023. Dicapai pada 13 January 2023.
  4. ^ a b Thorbecke, Catherine (20 January 2023). "Who is Shou Zi Chew? Mounting scrutiny on TikTok could put new spotlight on its CEO | CNN Business". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 February 2023. Dicapai pada 1 February 2023.
  5. ^ a b c d e Lee, Amanda (2023-03-23). "From Facebook intern to TikTok CEO: Who is Singaporean Chew Shou Zi? | The Straits Times". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2023. Dicapai pada 2023-03-23.
  6. ^ "State governments are banning TikTok, and global leaders are applauding the effort". Tubefilter (dalam bahasa Inggeris). 10 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2023. Dicapai pada 13 January 2023.
  7. ^ "TikTok fined $5.4 million by France for 'cookies' related issues". WION. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2023. Dicapai pada 13 January 2023.
  8. ^ AP (11 January 2023). "TikTok boss Shou Zi Chew meets European officials as scrutiny intensifies". www.business-standard.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2023. Dicapai pada 13 January 2023.
  9. ^ Yang, Yingzhi; Zhu, Julie; Woo, Ryan (24 March 2021). "TikTok owner ByteDance hires CFO in a step towards IPO". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2021. Dicapai pada 27 March 2023.
  10. ^ Iyengar, Rishi. "What TikTok Has on You". Foreign Policy (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2023. Dicapai pada 13 January 2023.
  11. ^ "TikTok CEO Shou Zi Chew meets with EU Commission vice-president". SABC News - Breaking news, special reports, world, business, sport coverage of all South African current events. Africa's news leader. (dalam bahasa Inggeris). 10 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2023. Dicapai pada 13 January 2023.
  12. ^ Shepardson, David; Ayyub, Rami (2023-03-24). "TikTok congressional hearing: CEO Shou Zi Chew grilled by US lawmakers". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2023. Dicapai pada 2023-03-24.
  13. ^ Allen, Joseph (24 March 2023). "TikTok CEO Shou Zi Chew's Congressional Hearing Has Many Curious About His Family". Distractify. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2023. Dicapai pada 25 March 2023.
  14. ^ "TikTok Launches EU Charm Offensive Amid US Crackdown". CNN.com (dalam bahasa Inggeris). 20 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 February 2023. Dicapai pada 23 March 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]