Siemens C651

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta api C651 di stesen MRT Jurong East.

Siemens C651, kadang-kala disingkatkan kepada C651 atau SIE C651 ialah unit kereta api elektrik berganda generasi kedua yang sedang beroperasi di laluan Utara Selatan dan Timur Barat bagi Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) di Republik Singapura. Sejumlah 114 kereta terdiri daripada 19 set kereta api telah dibeli pada tahun 1993, diperkenalkan sejak 1994 dan dibina oleh Siemens di Austria.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

C651 merupakan kereta api generasi kedua yang digunakan dalam rangkaian MRT. Sejumlah $259 juta dibelanjakan untuk memesan kereta api C651. Set ini dibeli bagi melengkapi kereta api C151 sedia ada disebabkan oleh pembukaan lanjutan Woodlands. Kereta api-kereta api ini memulakan perkhidmatannya pada 1994 apabila set kereta api pertama dilancarkan pada 17 Julai 1994 dan dihantar ke SMRT pada 20 September 1994. Tidak seperti set yang lama, C651 dicat dengan kemasan akrilik tahan calar kerana debu yang melekat pada kulit aluminium pada kereta api C151 sukar untuk ditanggalkan.

Kereta api C651 pada asalnya dihantar sistem dorongan GTO-VVVF yang dibekalkan oleh Siemens. Sistem dorongan yang hampir sama kemudiannya digunakan pada kereta api siri Keikyu 2100 dan siri JR Timur E501.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]