Sifat huruf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sifat huruf adalah salah satu dari perkara tajwid dalam bacaan al-Quran. Sifat huruf adalah ciri yang menjelaskan perihal suatu huruf. Melalui sifatnya, seseorang itu akan mampu membezakan suatu huruf itu dengan keadaan sebutannya seperti tertahan, berdesing, melantun dan sebagainya.

Kelebihan memahami sifat huruf ini adalah sebagai pelengkap kepada makhraj. Dengan mengetahui sifatnya, kita dapat membezakan lafaz sebutan bagi huruf yang makhrajnya sama. Tambahan pula, kita akan dapat mengenal huruf yang kuat dan lemah atau huruf yang dilafazkan secara tebal dan tipis kerana sifat yang wujud pada hurufnya. Sifat huruf juga membantu memperkemaskan ketepatan sebutan suatu huruf supaya dapat dilafazkan dengan betul, terutamanya bagi huruf yang hampir sama sebutannya seperti huruf tha (ث) dengan sin (س), ha' (ح) dengan ha ().

Pendapat ulama tentang bilangan sifat huruf[sunting | sunting sumber]

Ulama berselisih pendapat tentang bilangan sifat huruf, namun biasanya pendapat yang digunapakai ialah pendapat Ibn Jazari; iaitu terdapat 17 sifat huruf kesemuanya.

Pembahagian sifat huruf[sunting | sunting sumber]

Sifat huruf terbahagi kepada dua:

  • Sifat lazimah (ﻻﺯﻣﻪ) — ciri kekal yang pasti ada bagi setiap sebutan huruf dalam semua keadaan, tidak terpisah dari suatu huruf itu sama ada pada keadaan berbaris mahupun mati. Sifat ini juga dikenali sebagai "sifat yang berlawanan". Terdapat sepuluh sifat yang tergolong dalam kategori ini:
  1. Hams lawannya jahr
  2. Syiddah lawannya rakhawah (pertengahan bagi kedua-dua sifat ini dinamakan tawasut)
  3. Isti'la' lawannya istifal
  4. Itbaq lawannya infitah
  5. Idzlaq lawannya ismat
  • Sifat ‘aridhah; (ﻋﺎﺭﻀﻪ) ialah ciri mendatang yang berubah-ubah bagi suatu huruf yang adakalanya terpisah dari huruf dan menyertainya pula pada keadaan yang lain seperti tarqiq (nipis), tafkhim (tebal), ghunnah, idgham, atau ikhfa’, panjang atau pendek dan seumpamanya. Sifat ini juga dikenali sebagai "sifat yang tidak berlawanan". Terdapat tujuh sifat yang tergolong dalam kategori ini:
  1. Safir (ﺻﻔﺮ) - Suara dari hujung mulut seakan-akan bersimpul
  2. Qalqalah (ﻗﻠﻘﻠﻪ) - melantun
  3. Lin (ﻟﻴﻦ) - lembut
  4. Inhiraf (ﺇﻧﺤﺮﺍﻑ) - melencong
  5. Takrir (ﺗﻜﺮﻳﺮ) - berulang
  6. Tafasysyi (ﺗﻔﺸﻰ) - berselerak
  7. Istitolah (ﺇﺳﺘﻂﺎﻟﻪ) - panjang

Tiap-tiap huruf itu termasuk dalam lima sifat suara yang mempunyai lawanan. Suara-suara tidak berlawanan pula terkadang-kadang termasuk datu atau dua sifat daripadanya, terkadang-kadang tidak termasuk suatupun. Selebihnya terkumpul pada satu huruf itu tujuh sifat suara iaitu sepet, berulang-ulang dan lima sifat yang berlawanan.

Perincian sifat huruf[sunting | sunting sumber]

Hams[sunting | sunting sumber]

Hams (Arab: همس) dari segi bahasa bermaksud menyembunyikan; cara menyebutnya ialah dengan menyembunyikan huruf dan melarikan nafas bersamanya. Terdapat sepuluh huruf yang bersifat hams dan dikelompokkan dalam lafaz (فَحَثُّهُ شَخْصٌ سَكَتْ), iaitu fā' (ف), ḥā' (ح), thā' (ث), hā' (ه), syīn (ش), khā' (خ), sīn (س), kāf (ك), dan tā' (ت).

Jahr[sunting | sunting sumber]

Jahr (Arab: جهر) dari segi bahasa bermaksud terang dan nyata; cara menyebutnya ialah dengan menerangkan huruf dan menahan nafas bersamanya. Huruf-hurufnya ialah 19 huruf yang berbaki dari huruf-huruf hams.

Beza sifat hams dengan sifat jahr ialah huruf hams disebut dengan melarikan nafas, manakala huruf jahr disebut dengan menahan nafas.

Syiddah[sunting | sunting sumber]

Syiddah (Arab: شدة) dari segi bahasa bermaksut kuat; cara menyebutnya ialah dengan menguatkan huruf dan menahan suara ketika menyebutnya. Terdapat lapn huruf yang bersifat syiddah dan dikelompokkan dalam lafaz (أَجِدْ قَطٍ بَكَتْ), iaitu hamzah (ء), jīm (ج), dāl (د), qāf (ق), ṭā' (ط), bā' (ب), kāf (ك), dan tā' (ت).

Rakhawah[sunting | sunting sumber]

Rakhawah (الرخاوة) bermaksud lembut; ia disebut dengan membunyikan suara. Huruf-huruf rakhawah ialah 15 yang berbaki dari huruf-huruf syiddah dan tawasut.

Tawasut[sunting | sunting sumber]

Tawasut dari segi bahasa bermaksud pertengahan; dari segi istilah bermaksud pertengahan suara

Isti'la'[sunting | sunting sumber]

Isti'la' (الإستــعلاء) bermaksud mengangkat atau meninggi. Cara menyebutnya ialah dengan mengangkat lidah hingga ke langit-langit. Huruf-huruf isti'la' ada tujuh, dan dikelompokkan dalam lafaz خُصَّ ضَغْطٍ قِظْ (trans: khuṣṣa ḍaghṭin qiẓ), iaitu kha' (خ), ṣad (ص), ḍad (ض), ghayn (غ), ṭa' (ط), qaf (ق), dan za' (ظ).

Istifal[sunting | sunting sumber]

Ertinya rendah semasa menyebutnya ialah keadaan lidah tenang, tidak terangkat ke langit-langit

Itbaq[sunting | sunting sumber]

Itbaq bermaksud menutup atau mendempik. Semasa menyebut hurufnya, hendaklah melengkung keliling lidah ke lelangit.

Infitah[sunting | sunting sumber]

Infitah bermaksud membuka. Semasa menyebut hurufnya, hendaklah tidak melengkung keliling lidah ke lelangit.

Idzlaq[sunting | sunting sumber]

Idzlaq menurut bahasa ialah ialah tergelincir atau terlepas. Secara terperincinya ialah menyebut hurufnya dengan mudah dan lancar. Disebabkan sebahagiannya keluar daripada hujung lidah dan sebahagian lagi keluar daripada dua bibir mulut, maka ia dapat disebut dengan cepat dan lancar.

Ismat[sunting | sunting sumber]

Ismat'secara bahasanya ialah tertegah iaitu ditegah hanya menggunakan hurufnya untuk menyusun kalimah Bahasa Arab yang lebih daripada tiga huruf yang menjadi huruf akar pada kalimah. Maka kalimah yang berkenaan susah disebut dengan cepat dan terdapat dua puluh tiga huruf.

Safir[sunting | sunting sumber]

Safir ialah suara yang menyerupai suara unggas atau haiwan kerana menyebut hurufnya dengan bunyi berdesir dan kuat dari antara dua bibir mulut. Hurufnya ada tiga, iaitu sād (ص), zāy (ز), dan sīn (س). Bunyi desiran yang berlaku pada huruf sād paling kuat dibanding zāy dan berikutnya. Perbezaan sifat safir dengan hams adalah desiran nafas yang lebih kuat berbanding dengan hams yang sekadar membunyikan hurufnya dengan hembusan nafas yang lebih ringan.

  • Semasa menyebut "ص" Kedengarannya seperti suara angsa.
  • Semasa menyebut "ز" Kedengarannya seperti suara lebah.
  • Semasa menyebut "س" Kedengarannya seperti suara belalang.

Qalqalah[sunting | sunting sumber]

Qalqalah (قلقلة) ialah melantunkan suara sehingga terdengar sedikit detakan, khusus hanya apabila huruf itu mati. Apabila wakaf, detakan itu dibunyikan dengan lebih kuat. Terdapat lima huruf qalqalah, iaitu qaf (ق), ta' (طْ), ba' (ب), jim (ج), dan dal (د); dan dikelompokkan dalam lafaz (قُطْبُ جَدٍّ).

Lin[sunting | sunting sumber]

Lin (لين) bermaksud lembut; disebut dengan lembut dan mudah. Hurufnya ada dua, iaitu waw (و) dan yā' (ي). Pembunyian dengan sifat lin hanya berlaku apabila huruf itu mati, dan di sebelumnya ada huruf berbaris atas. Contohnya waw dalam kalimah khawf (خَوْف) dan yā' dalam kalimah bayt (بَيْت).

Inhiraf[sunting | sunting sumber]

Takrir[sunting | sunting sumber]

Takrir (تكرير) bermaksud berulang. Hurufnya satu sahaja, iaitu ra' (ر). Dinamakan takrir kerana bunyi unik ra' yang bergetar secara berulang. Walau bagaimanapun, getaran yang dibenarkan adalah sekali sahaja, lebih-lebih lagi pada keadaan sabdu.

Tafasysyi[sunting | sunting sumber]

Tafasysyi (تفشي) bermaksud tersebar atau berselerak. Hurufnya satu sahaja, iaitu syin (ش). Dinamakan tafasysyi kerana bunyi unik syin yang tersebar dan terselerak di kawasan hujung lidah.

Istitalah[sunting | sunting sumber]

Istitalah (استطالة) bermaksud memanjang. Hurufnya satu sahaja, iaitu ḍad (ض). Dinamakan istitalah kerana makhraj ḍad yang memanjang di sebelah kiri atau kanan lidah.

Jadual huruf dan sifat-sifatnya[sunting | sunting sumber]

Jadual berikut menyenaraikan semua sifat yang dimiliki oleh huruf-huruf hija'iyah.

Huruf Rumi Sifat Jumlah sifat
1 2 3 4 5 6 7
ء Hamzah Jahr Syiddah Istifal Infitah Ismat - - 5
ب Ba' Jahr Syiddah Istifal Infitah Idhlaq Qalqalah - 6
ت Ta' Hams Syiddah Istifal Infitah Ismat - - 5
ج Jim Jahr Syiddah Istifal Infitah Ismat Qalqalah - 6
ح Ha' Hams Rakhawah Istifal Infitah Ismat - - 5
خ Kha' Hams Rakhawah Isti'la' Infitah Ismat - - 5
د Dal Jahr Syiddah Istifal Infitah Ismat Qalqalah - 6
ذ Dhal Jahr Rakhawah Istifal Infitah Ismat - - 5
ر Ra' Jahr Tawasut Istifal Infitah Idhlaq Inhiraf Takrir 7
ز Zay Jahr Rakhawah Istifal Infitah Ismat Safir - 6
س Sin Hams Rakhawah Istifal Infitah Ismat Safir - 6
ش Syin Hams Rakhawah Istifal Infitah Ismat Tafasysyi - 6
ص Sad Hams Rakhawah Isti'la' Itbaq Ismat Safir - 6
ض Dad Jahr Rakhawah Isti'la' Itbaq Ismat Istitalah - 6
ط Ta' Jahr Syiddah Istifal Itbaq Ismat Qalqalah - 6
ظ Za' Jahr Rakhawah Isti'la' Itbaq Ismat - - 5
ع Ayn Jahr Tawasut Isti'la' Infitah Ismat - - 5
غ Ghayn Jahr Rakhawah Isti'la' Infitah Ismat - - 5
ف Fa' Hams Rakhawah Istifal Infitah Idhlaq - - 5
ق Qaf Jahr Syiddah Isti'la' Infitah Ismat Qalqalah - 6
ك Kaf Hams Syiddah Istifal Infitah Ismat - - 5
ل Lam Jahr Tawasut Istifal Idhlaq Inhiraf - - 6
م Mim Jahr Tawasut Istifal Infitah Idhlaq Inhiraf - 6
ن Nun Jahr Tawasut Istifal Infitah Idhlaq - - 5
هـ Ha' Hams Rakhawah Istifal Infitah Ismat - - 5
و Waw Jahr Rakhawah Istifal Infitah Ismat Lin - 6
ي Ya' Jahr Rakhawah Istifal Infitah Ismat Lin - 6

Pembezaan huruf yang sama makhraj melalui sifat[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]