Silat Gayong Maarifat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia (PSSGMM)merupakan salah satu persatuan seni Silat Gayong di Malaysia.

PSSGMM merupakan salah satu di antara silat melayu tua yang berada di Malaysia pada waktu ini yang masih mengekalkan pembelajaran cara lama dan disiplin serta kesenian silat melayu tua. Seni silat ini membawa kaedah persilatan yang unik dari gerak tari dan pergerakan permainan dan bela diri dari Sumatera, Pahang, Melaka (Melayu Palembang) dan Jawa Tengah. Gabungan kesenian dalam persilatan ini sangat menarik dan dapat menambat hati pencinta seni silat kekal membawa budaya seni ini dalam kehidupan mereka.

Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) telah berkembang keseluruh Malaysia semenjak 1993 hingga kini dan telah mempunyai murid atau pelajar seramai 15 ribu orang. PSSGMM hari ini berada di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PSSGMM telah diasaskan oleh YTM TKS Datuk[perlu rujukan] Dr. Azam b. Zulkifli Al-Qadiri selaku Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia pada Januari 1990 di Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau juga merupakan Guru Utama / Pengasas PSSGMM / Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat PSSGMM yang memegang gelaran Yang Dipertuan Besar Panji Alam. Beliau telah dilantik selaku Ketua Dewan Perguruan Adat dan Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia seumur hidup yang menjaga sistem pendidikan adat istiadat selaku penasihat dan penguatkuasa undang-undang adat dalam PSSGMM.

Beliau berasal dari Pekan Pahang Darul Makmur dan merupakan salah seorang di antara pewaris ilmu persilatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Seni Silat Gayong Ma’arifat telah diasaskan oleh beliau berdasarkan daripada ilmu yang telah dipelajari oleh beliau selama diperantauan semenjak 1977.

Beliau tidak terlibat dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan PSSGMM kerana PSSGMM mempunyai susun atur pentadbirannya sendiri terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden Agong PSSGMM iaitu Datuk Paduka Bentara Setia Sri Gemilang[perlu rujukan], Datuk Paduka Malek Redzuan Bin Hashime.

PSSGMM telah didaftarkan pada 1993 di bawah Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Wilayah Persekutuan dan didaftar semula pada 1998 sebagai Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, rujukan sijil daftar : 1176.

Pelajaran[sunting | sunting sumber]

Di samping kesenian, unsur spiritual kerohanian Islam diterapkan juga seperti membaca ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri dari sihir dan penguat semangat, fikiran serta perasaan pesilat.

Kaedah bela diri dan kesenian dalam persilatan ini terbahagi kepada 7 permainan:

  1. Buah Pukul Minang
  2. Sendeng Dua Beradik
  3. Terlak Sumatera
  4. Cekak Minang
  5. Harimau Minang
  6. Panglima
  7. Laksamana

Kesemua pelajaran ini telah disusun dalam bentuk kurikulum pelajaran yang kemas dan setiap pelajar perlu mengikuti ujian kenaikan bengkung bagi menentukan kelayakan setiap pelajar.

Tahap bengkung[sunting | sunting sumber]

Tahap bengkung dalam PSSGMM terbahagi kepada 3 tahap iaitu :-

1. Cindai Kuning. a) Cindai Kuning Pelangi Biru Satu b) Cindai Kuning Pelangi Biru Dua c) Cindai Kuning Pelangi Biru Tiga

2. Cindai Merah a) Cindai Merah Pelangi Hijau Satu b) Cindai Merah Pelangi Hijau Dua c) Cindai Merah Pelangi Hijau Tiga

3. Cindai Hijau a) Cindai Hijau Pelangi Kuning Satu b) Cindai Hijau Pelangi Kuning Dua c) Cindai Hijau Pelangi Kuning Tiga

Setiap tahap bengkung dalam pembelajaran PSSGMM memakan masa 3 bulan untuk sampai ke tahap kemahiran.

Pihak PSSGMM bercadang untuk memperkenalkan tahap cindai kuning kepada pelajar sekolah kerana ia mudah dipelajari, boleh digunakan dalam pertandingan silat olahraga dan pertunjukan sebagai ilmu bela diri.

Disamping sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi Awam.

Cindai Kuning Pelangi Biru Satu[sunting | sunting sumber]

  • Matapelajaran di gelanggang
    • Senaman Tua
    • Pernafasan 5
    • Pelebat Sendeng Terlak
    • Tubi 9
    • Taji 7
    • Pecah Pukul 7
    • Golek Anak Harimau
  • Majlis Mandi Adat Penerimaan Murid
    • Limau nipis 2 biji + limau purut 1 biji
    • Belanja kenduri pelajar : RM 85

Tujuan mandi adat ini diadakan adalah untuk memasukkan doa keselamatan, pagar diri ke dalam limau bagi ,melindungi murid-murid Gayong Ma’arifat dari kecelekaan dan sihir.

3. Majlis Adat Pengijazahan & Pembukaan Tenaga Minda a) Doa selamat b) Ucapan pengenalan tenaga minda oleh Guru Utama c) Pembukaan pintu tenaga minda oleh Guru Utama (majlis dibuat secara tertutup) d) Kenduri doa selamat untuk meraikan murid-murid Gayong Ma’arifat, tetamu, ibubapa, murid-murid GM. (majlis dibuat secara terbuka. e) Pertunjukan silat oleh gelanggang GM berkenaan & gelanggang GM jemputan.

Permainan Langkah Laksamana

  1. Latihan silat tangan kosong = Memukul & mengelak 21x
  2. Latihan silat senjata keris = Menikam & mengelak 21x
  3. Latihan silat senjata parang = Menetak & mengelak 21x

• Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu yang mirip senjata sebenar & dilatih mengikut 3 tahap iaitu :- Perlahan / sederhana laju / laju • Disamping itu, anda akan diajar dengan petua senjata

  • Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )

Ujian kemahiran kenaikan bengkung

• Matapelajaran cindai kuning pelangi biru satu (Fizikal & tenaga) • Tempur 1 lawan 1 serta kreativiti permainan individu

Cindai Kuning Pelangi Biru Dua[sunting | sunting sumber]

1. Matapelajaran di gelanggang a) Pelebat Gembur Harimau b) Asas 9 Gayong semilar sakti c) Pecah pukul 9 d) Pecah pukul 11 e) Tangkisan serangan > Bawah  : Kaki / Sisi Tengah  : Sendeng Atas  : Siku / Sendeng

f) Petua membaca gerak musuh (pandang antara bahu & tengah tubuh

g) Rencah  : Asas (Pelebat, Tubi, Taji, Pecah pukul) • Pukul / elak / pukul • Sederhana laju (guna sarung tangan)

2. Permainan Langkah Laksamana

1. Latihan silat tangan kosong = Memukul & mengelak 21x

2. Latihan silat senjata keris = Menikam & mengelak 21x

3. Latihan silat senjata parang = Menetak & mengelak 21x

- Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu yang mirip senjata betul & dilatih mengikut 3 tahap iaitu :- Perlahan / sederhana laju / laju.

3. Rencah : Kemahiran Tempur - Gabungan seluruh pelajaran pelangi satu & dua yang direncahkan dalam pertempuran secara laju. Waktu pertempuran, pesilat dikehendaki menggunakan petua & akal & diselangi dengan permainan gerak langkah laksamana secara berselang-seli. Tujuan latihan ini, untuk melatih pesilat, boleh bersilat dalam keadaan biasa atau menggunakan tenaga minda. - Gunakan sarung tangan

  • Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )

UJIAN KEMAHIRAN KENAIKAN BENGKUNG

Matapelajaran Cindai Kuning Pelangi Biru Dua(Fizikal & Langkah Laksamana) - Tempur satu lawan 2 serta kreativiti permainan individu

Cindai Kuning Pelangi Biru Tiga[sunting | sunting sumber]

1. Matapelajaran di gelanggang a) Pelebat gempur tuah b) Pecah pukul 13 c) Rahsia langkah 1, 2, 3, 4. d) Rahsia sasaran pukulan : - Pangkal telinga 100% - Dahi 60% - Hidung 60% - Dagu 50% - Halkum 90% - Ulu Hati 80% - Penyawa 100% - Rusuk 60% - Bawah Ketiak 60% - Sendi-sendi tubuh 80%

e) Kincir tangan : - Buang - Buang pukul

f) Kincir siku - Buang - Buang pukul

g) Tempur rencah ( kemahiran 2 ) (guna sarung tangan)

2. Permainan Langkah Laksamana

a) Latihan silat tangan kosong : Pukul / elak / pukul / tangkap 21x b) Latihan silat senjata keris : Tikam / elak / tikam / tangkap 21x c) Latihan silat senjata parang : Tetak / elak / tetak / tangkap 21x

- Semua latihan ini dilakukan dengan menggunakan senjata kayu

  yang mirip senjata sebenarl & dilatih mengikut 3 tahap iaitu :
  ( Perlahan / Sederhana laju / Laju )
  • Tempoh masa pelajaran ( 3 – 6 bulan )

UJIAN KEMAHIRAN KENAIKAN BENGKUNG - Matapelajaran CIndai Kuning Pelangi Biru Tiga (Fizikal & Langkah ) - Tempur 1 lawan 3 serta kreativiti permainan individu

Tujuan dan matlamat[sunting | sunting sumber]

Tujuan dan matlamat PSSGMM yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (KDN 1176) adah seperti berikut:

  1. Menghidup dan mengembangkan warisan seni silat Gayong Ma’arifat kepada masyarakat dan menaikkan tarafnya dimata dunia.
  2. Memupuk & memelihara nilai-nilai kesenian persilatan & budaya melayu yang bersesuaian dengan kesenian dan budaya Negara
  3. Membenteras serta membasmi kepercayaan tahyul & kurafat yang tidak bersesuaian dengan iktikad Islam
  4. Menanam sifat berdikari, kefahaman mental & kecergasan diri
  5. Mempertinggi dan menghalusi nilai-nilai akhlak yang sempurna dan terpuji serta berperibadi tinggi.
  6. Menyatu dan mendidik semua ahli-ahli Pesilat Seni Silat Gayong Ma’arifat di bawah satu persatuan yang tersusun dalam membina satu generasi yang bermoral dan berdisiplin serta memelihara warisan pusaka bangsa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]