Silat Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tuan Guru Utama Ahmad Hazuan di lahirkan di Kg Dato Kayaman, Perlis Indera Kayangan. Beliau sebelah ayah dan ibunya merupakan orang dalam ilmu persilatan ini iaitu moyang & nendanya sendiri. Mungkin kerana takdir Allah SWT @ memang kerana pertalian darah pendekar yang telah mengalir di dalam tubuh Pengasas Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan ini, telah membuatkan beliau tertarik hati untuk menerokai alam persilatan melayu dan dunia kerohanian sehinggalah beliau merasakan bersedia untuk menerajuai perguruan sendiri di dalam usia yang muda ini untuk memdidik anak bangsa melayu agar lebih mengenali dunia persilatan ini. "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA, TAKKAN SILAT PUPUS DI TENGELAMI ZAMAN."

Maka telah terciptalah dalam sejarah persilatan melayu pada awal tahun 2006, iaitu sebuah perguruan silat yang dinamakan sebagai "PUKULAN PENCAK SILAT PUSAKA WARISAN" di bawah naungan PESAKA PERLIS, dan rasmilah Tuan Guru Utama Ahmad Hazuan Bin Hasmi di angkat sebagai Tuan Guru Utama (Guru Utama/ Pengasas PPSPW) oleh "Dewan Adat, Istiadat& Perguruan Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan" dengan restu perwaris dan juga GURU AGUNG SILAT WARISAN NEGERI PERLIS (USTAZ MAZLIN BIN HAMID) di Rumah Persatuan Silat Warisan Negeri Perlis.

Perguruan Pukulan Penchak Silat Pusaka Warisan ini adalah gabungan beberapa jenis ilmu silat melayu & minang yang telah dipelajari oleh Guru Utama Ahmad Hazuan Bin Hasmi. Antara silat yang digabungkan adalah Silat Warisan Perlis, Silat Cemara Bugis, Buah Pukul, Silat Gerak Tangkas, Silat Harimau Sendeng Minang, Gayong, Kalimah, Cekak, Silat Panglima Ali Bathin Haq, Silat Melayu Asli dan Kuntau.11 jenis aliran ini lah yang menjadi silibus yang utama dalam Pukulan Pencak Silat Pusaka Warisan ini. Gabungan ini telah menghasilkan suatu aliran silat yang canggih, mendidik,medisiplinkan murid, mendekati diri kepada tuhan serta bagi mendidik anak-anak muda mempertahankan dan membela "Warisan Bangsa" ini yang tiada nilai harganya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]