Silat Pusaka Gayong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Silat Pusaka Gayong telah bergerak di bawah Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung yang telah ditubuh dan didaftarkan pada tahun 1978. Pengasas-pengasas utamanya ialah Allahyarham Tuan Hj Yusof bin Salleh dan Abdul Majid Mat Isa. Tn. Hj. Yusof ialah Pengerusi pertama pertubuhan ini dan Abd. Majid ialah Pengasas, Guru Utama serta Pengarah guru-guru dan jurulatih pertubuhan ini. Pertubuhan ini menggunakan Silat Gayung sebagai mata pelajaranya.

Matapelajaran[sunting | sunting sumber]

Matapelajaran Silat Pusaka Gayung terdiri dari 7 peringkat iaitu:-

  1. Tapak Pusaka Gayung
  2. Seni Pusaka Gayung (Pisau/Parang/Lembing)
  3. Seni Keris
  4. Seni Simbat
  5. SeniYoi
  6. Seni Cindai
  7. Seni Belian (Kebatinan)

Tapak Pusaka Gayung[sunting | sunting sumber]

Setiap ahli baru akan diajar pelajaran ini yang terdiri dari:-

  • Cara-cara senaman & gerakan
  • Senaman anak harimau
  • Tapak asas kedudukan
  • Tapak menyerang
  • Pukul memukul
  • Buah tangkapan (kunci mati) sebanyak 21 biji
  • Buah pentas serang menyerang sebanyak 21 biji

Seni Pusaka Gayung[sunting | sunting sumber]

Setelah lulus ujian Tapak Pusaka Gayung dan mandi seni Gayung, ahli akan diajar cara-cara tangkapan pisau sebanyak 25 tangkapan kunci mati dan permainan pentas pisau. Ahli juga akan diajar tangkapan serangan parang panjang dan permainan pentas parang panjang.

Seni Keris[sunting | sunting sumber]

Ahli yang telah tamat belajar peringkat Seni Pusaka Gayung akan diajar cara bermain tikaman keris sebanyak 49 tikaman.

Seni Simbat[sunting | sunting sumber]

Seni ini adalah kaedah menggunakan senjata panjang seperti kayu, rotan dan lembing. Ahli yang telah tamat belajar peringkat Seni Keris akan diajar cara tangkapan bagi mereka yang hendak memukul dengan senjata panjang .

Pelajaran lembing didakwa sebagai warisan Megat Terawis seorang panglima kerajaan Perak dan mengandungi cara-cara tikaman:-

  • Tikaman Lurus
  • Tikaman Sula
  • Tikaman Rembat
  • Tikaman Hentak
  • Tikaman Rejang/Rejam

Seni Yoi[sunting | sunting sumber]

Ahli yang telah tamat belajar peringkat Seni Simbat akan diajar kaedah memukul atau menewaskan musuh yang lebih besar saiz tubuhnya atau lebih kuat atau bila jumlah musuh lebih ramai. Seni ini menggunakan kaedah lompatan bagi menipu atau mengelirukan musuh seperti gerakan kera atau monyet atau ulat jejentik.

Seni Cindai[sunting | sunting sumber]

Seni ini adalah kaedah menggunakan pakaian seperti kain tudung, kain sarung, serban, bengkong, kain ikat kepala, tuala dan tali pinggang sebagai senjata. Seni ini biasanya diajar kepada ahli wanita dan mereka yang telah berumur 40 tahun keatas sahaja.

Seni Belian (Kebatinan)[sunting | sunting sumber]

Seni ini adalah pelajaran ilmu kebatinan/dalaman dan akan diajar kepada ahli yang telah mencapai tahap tertentu sahaja. Bagi menguasai seni ini ahli dikehendaki membaca surah Al-Ikhlas dan ayat sembilan didalam jumlah dan kaedah yang tertentu.

Adat-Istiadat[sunting | sunting sumber]

Silat ini adalah bersendikan adat. Dianatara adat yang diamalkan adalah seperti berikut:-

  • Mandi Tapak
  • Mandi Seni
  • Mandi Minyak
  • Khatam Permainan Keris


Mandi Tapak[sunting | sunting sumber]

Sesisir Pisang Mas atau Emas yang masak ranum.

Ahli lelaki yang hendak memulakan latihan silat ini iaitu di peringkat Tapak Pusaka Gayung dikehendaki terlebih dahulu menjalani upacara ini. Untuk menyertai upacara ini ahli dikehendaki menyediakan:-

Mandi Seni[sunting | sunting sumber]

Ahli wanita yang ingin memulakan latihan silat ini tidak perlu melalui upacara Mandi Tapak. Mereka hanya dikehendaki Mandi Seni. Manakala ahli lelaki yang ingin meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya setelah selesai peringkat Tapak Pusaka Gayung dikehendaki menjalani upacara ini. Untuk menyertai upacara ini ahli dikehendaki menyediakan:-

  • Mas kawin (wang pengkeras) berjumlah RM21.50
  • Sesisir pisang emas
  • Sebiji limau nipis
  • Akar sintuk
  • Asam jawa
  • Garam halus
  • Kemenyan
  • Bertih padi
  • 21 bilah jarum
  • Beras kunyit/putih
  • 7 jenis kuntum bunga
  • Benang 7 warna
  • Sekapur sirih lengkap dengan ramuannya (untuk ahli wanita sahaja)

Mandi Minyak[sunting | sunting sumber]

Upacara ini terbuka kepada semua ahli tidak mengira peringkat. Ahli yang menyertai mandi minyak dikehendaki mengopek, membelah dan memarut/mengukur kelapa. Seterusnya kelapa tersebut diperah santannya dan dimasak secara bersama di dalam kawah sehingga menjadi minyak kelapa. Setelah itu ahli dikehendaki menyepuh minyak panas di dalam kawah dan kemudiannya disapu ke seluruh badan.

Khatam Permainan Keris[sunting | sunting sumber]

Upacara ini menandakan tamat pelajaran peringkat Seni Keris. Upacara ini biasanya diadakan di tepi pantai (laut). Ia juga merupakan cabaran atau dugaan terakhir untuk latihan Seni Keris.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • TETAK-Tempur Tangan Kosong Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung, Sarjana Media, Kuala Lumpur, 2008
  • Majalah Seni Silat keluaran Julai 2003