Lembing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lembing dari Taman Negara Mesa Verde, Colorado.

Lembing ialah sejenis senjata, yang digunakan untuk memburu dan berperang semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung yang tajam dipanggil kepala. Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu sendiri (contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan yang lain kepada hulu tersebut. Lembing yang paling biasa dibuat ialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat daripada besi, berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman.

Perbezaan lembing dengan tombak adalah mata lembing adalah bermata lurus , tirus ( seperti rumput lembing sementara mata tombak berbentuk lebar dan berbilah . Contoh Tombak tampang , tombak berlok , tombak sangga , tombak bilah dan tombak rambu .

Pelbagai jenis lembing digunakan untuk pertarungan jarak dekat atau digunakan untuk lontaran. Salah satu lembing lontar yang paling popular ialah Pilum, iaitu sejenis lembing lontar yang digunakan oleh masyarakat Rom.

Lembing, merupakan salah satu senjata awal yang dihasilkan oleh manusia dan leluhurnya, dan masih digunakan bagi memburu dan menangkap ikan. Lembing kekal sebagai senjata tentera dalam bentuk bayonet, dan sebagai tombak ia digunakan dalam pertempuran selewat hingga 1939 (Polish Lancers menyerang unit Berperisai Wehrmacht).

Ia boleh dikatakan bahawa lembing merupakan senjata persendirian paling biasa dimiliki semenjak akhir zaman gangsa sehingga senjata api menjadi biasa. Rujukan 1).

Penggunaan dan pengekalan lembing sebagai senjata bagi manusia seluruh dunia timbul kerana beberapa faktor, antaranya: mudah digunakan, kos, keberkesannya dan kepelbagai guna.

Lembing merupakan senjata yang banyak kegunaannya, yang boleh digunakan dalam pertempuran dan memburu, dan dalam pergelutan dan sebagai senjata dibaling. Di kawasan yang mempunyai sumber terhad, ini merupakan punca kenapa lembing cenderung digunakan: alat yang boleh digunakan bagi memburu, juga untuk membunuh haiwan yang mengancam ternakan dan tanaman, dan turut juga merupakan senjata yang berkesan dalam perperangan. Ia mempunyai jarak berkesan melebihi senjata tangan yang dipegang lain seperti keris, pedang, dsb. dan juga boleh dilontar bagi meningkatkan jarak keberkesanannya lagi.

Sebilah lembing adalah senjata atau peralatan yang lebih murah berbanding dengan senjata lain yang terdapat dalam tempoh ketika lembing digunakan secara meluas. Dalam masyarakat pre-industri di mana logam dan keupayaan menempanya adalah terhad dan mahal, lembing dianggap sebagai senjata yang berkesan dan murah ("kos efektif"). Logam yang diperlukan bagi menghasilkan sebilah pedang, contohnya, sebaliknya boleh digunakan bagi menghasilkan dua, tiga atau lebih mata lembing. Sebilah lembing bukan sahaja memerlukan logam yang kurang, turut juga tidak memerlukan bahan berkualiti tinggi seperti senjata lain, masa atau kemahiran yang lebih rendah bagi menghasilkannya dan senjata yang dihasilkan masih merupakan satu senjata yang berkesan dan mampu membawa maut.

Sebilah lembing agak mudah digunakan. Jika dibandingkan dengan senjata lain yang semasa dengannya ketika kemuncak penggunaan lembing, sebilah lembing hanya memerlukan sedikit latihan dan penggunaan bagi digunakan dengan berkesan. (Sila ambil perhatian bahawa "dengan berkesan" tidak sama "dengan mahir".) Ujian masa kini oleh lakunan semula di United Kingdom telah membuktikan sekumpulan lelaki boleh dilatih cara menggunakan lembing dalam formasi dinding perisai yang berkesan sebagai orang bersenjata dengan latihan secara sambilan dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

Lembing berkesan dalam pelbagai cara, sesetengah daripadanya telah disebutkan. Keberkesanan dalam sudut berkesan dan murah, agak mudah untuk menggunakan senjata yang boleh digunakan oleh orang-orang bersenjata di lapangan dalam jumlah yang agak besar. Berkesan dalam erti kata musuh atau mangsa boleh dikekalkan pada jarak jauh. Dan, akhirnya, berkesan, dalam erti kata yang paling utama bagi semua senjata: di tangan pengguna yang berpengalaman ia tangkas digunakan dan mampu membawa maut.


Simbolik[sunting | sunting sumber]

Lebih daripada hanya sebagai senjata, sebilah lembing turut mampu menjadi simbol kuasa. Dalam persilatan masyarakat Cina, lembing Cina (qiāng 槍) adalah secara umumnya dikenali sebagai "raja senjata". Pakaian Kebesaran kebanyakan negara Eropah moden turut memiliki sebilah lembing serta sebilah pedang. Di Yunani purba batang lembinglah yang perlu di bawa ketika menyerah diri menyerahkan kepada musuh. Puak Celt secara simbolik akan memusnahkan lembing pahlawan yang mati bagi menghalang ia digunakan semula.

Lembing Wotan (dikenali sebagai Gungnir) diperbuat daripada kayu pokok ash, ("World-Ash" Yggdrasil), dan ia boleh dinyatakan bahawa hadiah perkahwinan Chiron untuk Peleus apabila beliau berkahwin dengan (nymph) Thetis dalam satu perkahwinan yang dihadiri oleh semua penduduk Olympian, merupakan sebilah lembing yang pucat lesi (walaupun ini kemungkinannya satu kebetulan, kerana sifat ashwood dengan ira lurusnya menjadikannya satu pilihan kayu ideal bagi sebilah lembing).

Juga dalam Mitologi Yunani pancaran kilat Zeus boleh ditafsirkan sebagai simbolik sebilah lembing, dan sesetengah mengaitkan simbol lembing itu kepada Athena, menafsirkan lembingnya sebagai hubungan simbolik kepada kuasa Zeus melampaui Aegis.

Satu lagi lembing yang mempunyai kepentingan keugamaan adalah Lembing Takdir (Spear of Destiny), suatu artifak dipercayai oleh sesetengah orang sebagai memiliki kuasa ghaib yang menakjubkan.

Sir James Fraiser dalam 'The Golden Bough' menyedari asal lingga bagi lembing dan menyarankan bahawa lembing sebagai sebilah tombak dalam Lagenda Raja Arthur, dipasangkan dengan Piala (Grail) (sebagai satu simbol kesuburan wanita), berfungsi secara simbolik sebagai satu simbol kesuburan lelaki.


Jenis-jenis lembing[sunting | sunting sumber]

Lembing yang pada kebiasaannya tidak dibaling[sunting | sunting sumber]

Lembing yang biasanya dibaling[sunting | sunting sumber]

  • Angon
  • Assegai
  • Ballam
  • Bandang
  • Bhala
  • Bilari
  • Budiak
  • Cateia
  • Chimbane
  • Contus
  • Do-War
  • Egchos
  • Enhero
  • Fal-feg
  • Falarica
  • Framea
  • Gravo
  • Golo
  • Granggang
  • Hak
  • Harpoon
  • Hinyan
  • Hoko
  • Huata
  • Irpull
  • Ja-Mandehi
  • Jaculum
  • Jarid
  • Javelin
  • Jiboru
  • Kasita
  • Kamayari
  • Kan-Shoka
  • Kannai
  • Kapun
  • Kiero
  • Kikuki
  • Koveh
  • Koy-yung
  • Koyuan
  • Kujolio
  • Kuyan
  • Laange
  • Lance-Ague
  • Lama-pe
  • Mandehi liguje
  • Mahee
  • Makrigga
  • Makura Yari
  • Mkukt
  • Mongile
  • Mongoli
  • Mu-Rongal
  • Nage-Yari
  • Nandum
  • Nerau
  • Paralyser
  • Patisthanaya
  • Pelta
  • Pill
  • Pillara
  • Pilum
  • Plumbate
  • Sang
  • Sangkoh
  • Sanokat
  • Saunion
  • Shail
  • Shanen kopaton
  • Siligis
  • Lembing pendek (atau biasanya lembing)
  • Simbilan
  • Sinan
  • Sligi
  • Soliferrum
  • Spiculum
  • Su Yari
  • Sudanese lance
  • Tahr Ruan
  • Tao
  • Tawok
  • Telempang
  • Tepoztopilli
  • Te yari
  • Tirrer
  • Tjunkuletti
  • Tombak
  • Tschehouta
  • Tumpuling
  • Wainian
  • Wallunka
  • Wi-Valli
  • Zagaye

Pautan luar[sunting | sunting sumber]