Simbol kimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lihat juga rumus kimia.

Simbol kimia merupakan singkatan atau perwakilan ringkas bagi nama unsur kimia, yang secara amnya diambil dari nama Latinnya. Unsur alam semuanya mempunyai simbol satu atau dua huruf manakala beberapa unsur buatan manusia mempunyai simbol sementara tiga huruf.

Simbol kimia disenaraikan dalam jadual berkala dan digunakan sebagai penulisan ringkasan dan dalam persamaan kimia, cth.,

2H2 + O2 → 2H2O

Disebabkan simbol sering diterbitkan nama unsur yang berasal dari Latin atau Yunani, simbol mungkin agak berbeza dari nama panggilan biasa bagi unsur itu, cth., Ag bagi perak (Latin argentum) dan Au bagi emas (Latin aurum).

Simbol kimia juga boleh diubah untuk menunjukkan jika isotop tertentu bagi atom sesuatu atom itu ditentukan, begitu juga untuk menunjukkan keadaan lain seperti pengionan dan pengoksidaan bagi sebatian kimia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]