Sinar ultraungu
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sinaran ultraungu (atau juga ultralembayung) atau disebut ultraviolet (UV) merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Panjang gelombang untuk sinar UV adalah antara 200-400 nm.
Ultraungu bermaksud "melebihi ungu" dan dinamakan sebegitu kerana frekuensinya melebihi cahaya ungu. Sesetengah haiwan (burung, reptilia, dan serangga seperti lebah) boleh melihat sinar UV dekat. Ini disebabkan kebanyakan buah-buahan, bunga dan bijian kelihatan lebih menyerlah dalam sinar UV berbanding sinar nampak.
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |