Sinder

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Letupan gunung berapi seperti ini boleh mengeluarkan bara.

Sinder ialah sisa serpihan batu piroklas (lahar atau magma) yang dingin. Ia adalah batu igneus, baik rejahan (magma yang didinginkan di dalam bumi) mahupun terobosan (lahar yang didinginkan di luar bumi). Sinder adalah serupa dengan pumis yang mempunyai amat banyak lubang sehingga ketumpatannya yang rendah menyebabkannya dapat timbul dalam air. Pumis atau sinder telah dipergunakan untuk membuat sabun, serta untuk seni taman xeriskap, sungkup, dan taman batu.


Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri geologi sinder adalah seperti yang berikut:

  • tak bersimen
  • vitrik
  • mempunyai lubang bak buih yang dipanggil vesikel
  • berukur tidak kurang daripada 2.0 milimeter pada sekurang-kurangnya satu dimensi
  • graviti tentu ketara antara 1.0 dengan 2.0
  • warna yang biasanya merah atau hitam.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Sinder telah digunakan untuk permukaan balapan dan jalan raya supaya dapat membekalkan cengkaman tambahan dalam keadaan-keadaan musim sejuk. Ia juga digunakan dengan umum sebagai sungkup tak organik dalam seni tanam xeriskap kerana sifat-sifat penyairan dan ketahanan terhadap hakisan yang cemerlang. Dalam konteks ini, ia sering dirujuk dengan sinonim "batu lahar".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]