Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
MerahHow to read this color infobox
Tentang koordinat ini     Koordinat warna
Hex triplet #FF0000
sRGBB  (rgb) (255, 0, 0)
CMYKH   (c, m, y, k) (0, 100, 100, 0)
HSV       (h, s, v) (0°, 100%, 100%)
Sumber [Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)

Merah merupakan mana-mana satu warna dalam sebilangan warna yang serupa pada frekuensi cahaya yang terendah yang dapat dilihat dengan mata manusia. Cahaya merah mempunyai julat panjang gelombang antara kira-kira 630 - 760 nanometer. Frekuensi yang lebih rendah digelarkan inframerah.

Merah ialah warna primer aditif serta warna pelengkap untuk warna sian. Warna merah ini dianggap sebagai satu warna primer subtraktif pada satu ketika, dan kekadang masih diperihalkan sebegitu dalam sebilangan kepustakaan bukan sains; bagaimanapun, warna-warna sian, magenta dan kuning kini diketahui lebih rapat dengan warna primer subtraktif benar yang dikesan dengan mata dan oleh itu, telah dipergunakan dalam percetakan warna moden.

Salah satu kegunaan warna merah sebagai warna primer aditif ialah model warna RGB. Oleh sebab "merah" bukannya satu warna yang piawai pada dirinya, campuran warna berdasarkan warna merah juga bukannya satu spesifikasi warna yang tepat. Untuk menghasilkan warna-warna yang tepat, warna merah harus ditakrifkan dari segi ruang warna mutlak seperti sRGB. Sebagaimana yang digunakan dalam monitor komputer dan skrin televisyen, warna merah amat berbeza-beza, tetapi sebilangan sistem boleh menggunakan pembetulan warna (supaya "merah" terpiawai dapat dihasilkan yang bukannya hanya terdapat pewarna merah yang penuh terang). Beberapa contoh untuk kegunaan warna merah ialah papan tanda "Berhenti", strawberi, dan epal.


  hitam perak kelabu putih merah merah manggis ungu fuksia hijau hijau pucuk pisang hijau buah zaitun kuning jingga biru biru kelasi biru belibis akua-marin
Warna Web