Sindrom sarang kosong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A nest.
Istilah ini berdasarkan sarang burung yang dibuat oleh si ibu burung untuk telur sehinggalah ia menetas

Sindrom sarang kosong adalah perasaan kesedihan dan kesunyian ibu bapa dapat merasa ketika anak-anak mereka tinggalkan rumah buat pertama kalinya, seperti untuk hidup sendiri atau untuk menghadiri kolej atau universiti. Ianya bukan masalah klinikal.[1]

Oleh kerana kanak-kanak yang berpindah dari rumah keluarga mereka adalah perkara yang normal dan sihat, gejala sindrom sarang kosong sering tidak disedari. Ini boleh mengakibatkan kemurungan dan kehilangan tujuan untuk ibu bapa, kerana pemergian anak-anak mereka dari "sarang" mengemukakan perkara baru kepada ibu bapa. Sindrom sarang kosong terutamanya berlaku kepada suri rumah tangga yang menjaga mereka sepenuh masa.

Gejala-gejala dan kesannya[sunting | sunting sumber]

Semua ibu bapa mudah terdedah kepada sindrom sarang kosong, namun ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kecenderungan. Faktor seperti itu termasuklah perkahwinan yang tidak stabil atau tidak memuaskan, identiti diri berdasarkan pada identiti sebagai ibu bapa, mahupun kesukaran menerima perubahan. Ibu bapa sepenuh masa (ibu atau bapa yang tinggal di rumah) mungkin terdedah kepada sindrom sarang kosong. Orang dewasa yang juga berurusan dengan peristiwa yang rumit seperti kematian pasangan, perpindahan atau persaraan juga lebih cenderung mengalami sindrom ini.

Gejala sindrom sarang kosong termasuk kemurungan, rasa kehilangan tujuan, perasaan ditolak, ataupun perasaan bimbang, tekanan, dan kerisauan terhadap kesejahteraan kanak-kanak. Ibu bapa yang mengalami sindrom sarang kosong sering mempersoalkan sama ada mereka telah sediakan sebaiknya untuk anak mereka hidup secara sendiri.[2]

Ramai ibu, selalunya penjaga utama, lebih berkemungkinan daripada bapa mengalami sindrom sarang kosong. Walau bagaimanapun, penyelidikan telah menunjukkan bahawa beberapa bapa menunjukkan perasaan bahawa mereka tidak bersedia untuk peralihan emosi yang datang dengan anak mereka meninggalkan rumah. Selebihnya telah menyatakan rasa serba salah atas kehilangan peluang untuk lebih terlibat dalam kehidupan anak-anak mereka sebelum mereka meninggalkan rumah.[3]

Ibu bapa sarang kosong sering menghadapi cabaran baru, seperti mewujudkan hubungan baru dengan anak-anak mereka, perlu mencari cara lain untuk menduduki masa lapang mereka, menyambung semula hubungan antara satu sama lain, dan ulasan tidak bersimpati dari orang-orang yang kata bahawa ibu bapa harus berasa bahagia apabila anak-anak mereka meninggalkan rumah.

Cara mengatasinya[sunting | sunting sumber]

Salah satu cara paling mudah bagi ibu bapa untuk mengatasi sindrom sarang kosong adalah untuk berhubung dengan anak-anak mereka. Perkembangan teknologi seperti telefon bimbit, pemesejan teks, dan internet semuanya membolehkan komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak mereka.

Ibu bapa yang menghadapi sindrom sarang kosong dapat meringankan tekanan mereka dengan mengejar hobi dan minat mereka sendiri dalam masa lapang mereka. Membincangkan kesedihan mereka antara satu sama lain, rakan, keluarga, atau doktor pakar dapat membantu mereka. Para doktor telah menasihatkan ibu bapa yang sedih agar menulis jurnal, atau kembali bekerja jika mereka adalah ibu bapa sepenuh masa.

Kajian yang luas tentang perkahwinan menunjukkan bahawa kehadiran anak-anak menurunkan kepuasan dan kebahagiaan secara keseluruhan.[4] Kanak-kanak sering menimbulkan tekanan kewangan kepada pasangan, mengenakan kekangan masa, dan mewujudkan banyak tugas rumah tangga, terutamanya bagi wanita. Mengikut laporan, pasangan dengan kanak-kanak dapat kira-kira satu pertiga masa bersendirian bersama berbanding sebelum mempunyai anak. Oleh itu ibu bapa sarang kosong dapat menjalinkan semula hubungan mereka sendiri dengan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Tanpa anak-anak mereka menjadi tumpuan utama mereka pada siang hari, ramai pasangan sedemikian menyatakan bahawa kualiti masa mereka bersama bersama bertambah baik.[5]

Perkembangan baharu[sunting | sunting sumber]

Dalam dekad yang lalu, apa yang dipanggil "Generasi Bumerang"—orang dewasa yang kembali hidup bersama ibu bapa mereka—telah mengubah dinamik sarang kosong tradisional.[6] Faktor seperti kadar pengangguran yang tinggi di Amerika Syarikat dan pasaran pekerjaan yang terkawal telah digunakan untuk menjelaskan lonjakan dalam individu-individu tersebut. Data banci dari 2008 menunjukkan bahawa sebanyak 20 juta 18-34 tahun (34% dari kumpulan umur itu) tinggal di rumah dengan ibu bapa mereka. Satu dekad lebih awal, hanya lima belas peratus lelaki dan lapan peratus wanita dalam lingkungan umur itu berbuat demikian.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

  • Empty Nest, sebuah sitkom Amerika (1988-95), membincangkan situasi di mana isteri protagonis itu mati dan kedua-dua anaknya pindah keluar.
  • Dalam iklan-iklan Old Spice "Smellcome to Manhood", iklan menunjukkan ibu-ibu menyanyi tentang bagaimana Old Spice membuat anak lelaki mereka menjadi lelaki dewasa dan bagaimana mereka berasa sedih bahawa anak-anak mereka akan meninggalkan rumah.
  • Dalam rancangan Fuller House di Netflix, Makcik Becky nampaknya menderita, sama ada sindrom ini, atau gila bayi, atau kedua-duanya sekali, selepas anak kembarnya pergi ke kolej, kerana dia memaparkan kerinduan melampau kepada anak lelaki DJ, Tommy.
  • Dalam filem televisyen Social Nightmare, ibu kandung Cat Hardy, Susan, memaparkan manifestasi sindrom sarang kosong.
  • Dalam An Extremely Goofy Movie, Goofy mengalami sindrom sarang kosong selepas anaknya Max berlepas untuk kolej. Semasa berkerja di rangkaian pemasangan mainan-mainan, kesedihan Goofy menyebabkan dia menjadi kelam-kabut dan akhirnya mengakibatkan dia secara tidak sengaja menyebabkan letupan besar di kilang yang menyebabkan Goofy dipecat dari pekerjaannya.
  • Dalam Boyhood, Ibu Mason, Olivia, mengalami sindrom ini apabila anaknya bersedia untuk pergi ke kolej dan berkata sekarang dia akan kesepian.
  • Dalam Transformers: Revenge of the Fallen, Ibu Sam, Judy mengalaminya kerana Sam akan pergi ke kolej. Bapanya sebaliknya tidak mengalaminya.
  • Dalam filem Brazil Minha Mãe é uma Peça 2, watak utama Puan Hermínia cuba untuk menerima bahawa anak-anaknya akan berpindah. Dia cuba meyakinkan mereka untuk tidak pergi.
  • Dalam tayangan singkat Pixar, animasi komputer Bao, seorang ibu yang tua dan kesunyian mengalami sindrom sarang kosong sehinggalah dia mendapat peluang keibuan kedua yang tidak dijangka apabila pau buatannya menjadi hidup.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Empty nest syndrome: Tips for coping". Mayo Clinic. Dicapai pada 9 February 2013.
  2. ^ Myers, E.J., & Raup, L.J. (1989). The empty nest syndrome: Myth or reality? Journal of Counseling & Development, 68(2), 180–183. Retrieved from http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/j.1556-6676.1989.tb01353.x/abstract Error in webarchive template: Check |url= value. Empty.
  3. ^ Clay, A.R. (2003). An empty nest can promote freedom, improved relationships. Monitor on Psychology, 34(4). Retrieved from http://www.apa.org/monitor/apr03/pluses.aspx
  4. ^ Parker-Pope, T. (2009, January 19). Your nest empty? Enjoy each other. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2009/01/20/health/20well.html?_r=2
  5. ^ Lyons, L. (2008, March 5). Is empty-nest syndrome nothing but an empty myth? U.S. News & World Report. Retrieved from http://health.usnews.com/health-news/family-health/articles/2008/03/05/is-empty-nest-syndrome-nothing-but-an-empty-myth
  6. ^ Cohen, F.T., DeVault, C., & Strong, B. (2011). The marriage and family experience: Intimate relationships in a changing society (11th ed.). Canada: Linda Schreiber-Ganster.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]