Singapore Telecommunications
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SingTel)
| 210px | |
| Jenis | Awam (SGX: T48, ASX:sgt) |
|---|---|
| Ditubuhkan | Singapura (1879) |
| Ibu pejabat | Singapura, Singapura |
| Orang utama | Chumpol NaLamlieng, Pengerusi Chua Sock Koong (CEO Kumpulan) Allen Lew (CEO, Singapura) Lim Chuan Poh (CEO, Antarabangsa) Jeann Low (Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan) |
| Industri | Telekomunikasi |
| Produk | Perkhidmatan mudah alih Internet Perkhidmatan rangkaian tetap IPTV |
| Hasil | ▲ $14,844.4 juta SGD (Mac 2008) |
| Pendapatan operasi | ▲ $4,530.2 juta SGD (Mac 2008) |
| Pekerja | >20,000 |
| Induk | Temasek Holdings |
| Laman web | http://www.singtel.com/ |
Singapore Telecommunications Limited (SGX: T48, ASX:sgt), ataupun SingTel, ialah salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Asia. Dengan sejumlah 185.3 juta pelanggan dari operasi sendirinya di Singapura dan sekutu-sekutu serantaunya pada penghujung bulan Mei 2008 [1], SingTel merupakan pengendali rangkaian mobil terbesar di Asia Pasifik di luar Republik Rakyat China. SingTel menawarkan perkhidmatan ISP (SingNet), IPTV (mio TV), telefon bimbit dan talian tetap.
SingTel telah banyak berkembang ke luar Singapura serta memiliki saham dalam banyak pengendali serantau, termasuk 100% saham syarikat telekomunikasi Optus di Australia yang dibelinya pada tahun 2000 dari Cable & Wireless dan pemegang-pemegang saham Optus yang lain.