Axiata
| Jenis | Syarikat awam |
|---|---|
| Industri | Khidmat telekomunikasi mudah alih |
| Ditubuhkan | 12 Jun, 1992 |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Perancang utama | Dato Sri Jamaludin Ibrahim, Presiden & CEO Kumpulan |
| Produk | pengendali rangkaian mudah alih 2G dan 3G |
| Laman web | www.axiata.com |
Axiata Group Berhad (MYX: 6888) atau Axiata (dahulu dikenali sebagai TM International Berhad), ialah salah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Asia.
Isi kandungan |
Kumpulan [sunting]
Perniagaan teras Axiata merupakan pegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan telekomunikasi dan perundingan pada skala antarabangsa. Fokus utama mereka untuk membuka pasaran baru di Asia, beberapa dengan penembusan yang rendah mudah alih di Asia Selatan dan Asia Tenggara[1].
Dahulunya dikenali sebagai TM International Bhd(TMI), syarikat telah ditubuhkan pada 12 Jun 1992 dan merupakan cabang operasi mudah alih dan antarabangsa Telekom Malaysia Bhd(TM)[2]. Berikutan pengasingan TMI daripada TM, syarikat telah disenaraikan di Papan Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 2008[2]. Pada 2 April 2009, TMI menjalani penjenamaan semula, melancarkan nama baru syarikat, Axiata dan juga logo baru syarikat[3].
Slogan baru mereka, Advancing Asia, juga telah dilancarkan, mencerminkan halatuju syarikat dalam memfokuskan perkembangan mereka dalam Asia[3] Presiden dan CEO Kumpulan, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim telah komen kepada pemberita akhbar Malaysia, The Star, bahawa ini adalah untuk memanfaatkan kekuatan mereka kerana mereka tahu kelebihan rantau ini.[3].
Axiata mempunyai kawalan kepentingan dalam pengendali mudah alih di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh dan Kemboja, dengan pegangan strategik penting di India, Singapura dan Iran. Kumpulan ini juga mempunyai kepentingan dalam operasi telekomunikasi bukan mudah alih di Thailand dan Pakistan[4].
Anak syarikat pegangan [sunting]
Di dalam kenyataan media mereka pada tahun 2010, diumumkan bahawa Axiata telah mempunyai pelanggan di Asia dan pendapatan kumpulan sebanyak RM13.1 billion dalam tahun 2009[4]. Juga dilaporkan bahawa syarikat telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 25,000 orang di dalam 10 buah negara[4].
Syarikat-syarikat bersekutu dan anak-anak syarikat mudah alih Axiata beroperasi di bawah jenama ‘Celcom’ di Malaysia, ‘XL’ di Indonesia, ‘Dialog’ di Sri Lanka, ‘Robi’ di Bangladesh, ‘HELLO’ di Kemboja, ‘Idea’ di India, ‘M1’ di Singapura dan ‘MTCE’ di Iran (Esfahan)[4].
- Celcom(100%)- Malaysia
- XL(83.8%)- Indonesia
- Dialog Telekom(85%)- Sri Lanka
- Robi (70%)- Bangladesh
- HELLO [1](100%)- Cambodia
Axiata juga mempunyai kepentingan minoriti di dalam:
- Idea Cellular(19.1%)- India[5]
- M1(29.7%)- Singapore
Pejabat seluruh dunia [sunting]
Axiata mempunyai syarikat operasi di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Iran, Pakistan dan Thailand.
Rujukan [sunting]
- ↑ "Axiata moves to centralise its treasury", FinanceAsia, 22 June 2010. Dicapai pada 28 June 2010.
- ↑ 2.0 2.1 "TM International to list on April 28", TheStar, 12 April 2008. Dicapai pada 28 June 2010.
- ↑ 3.0 3.1 3.2 "TMI unveils new name but limits itself to Asia", TheStar, 3 April 2009. Dicapai pada 28 June 2010.
- ↑ 4.0 4.1 4.2 4.3 "Axiata Delivers Another Strong Performance into 2010 with 1Q PATAMI of RM921 million", Corporate Communications, Group Strategy, Axiata Group Berhad, 27 May 2010. Dicapai pada 28 June 2010.
- ↑ "Axiata sees long-term gains from India price war", Dow Jones Newswires, Total Telecom, 2009-10-14. Dicapai pada 2009-10-14.
Pautan luar [sunting]
- Celcom Axiata Berhad (Malaysia)
- PT XL Axiata Tbk (Indonesia)
- Dialog Telekom PLC (Sri Lanka)
- Axiata (Bangladesh) Limited
- Hello Axiata Company Limited (Cambodia)
- IDEA Cellular Limited (India)
- M1 LIMITED (Singapore)
- Mobile Telecommunications Company of Esfahan (MTCE, Iran)
- Multinet Pakistan (Private) Limited (Pakistan)
- Samart Corporation Public Company Limited (Thailand)
|
||||||||