Siput buluh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siput buluh.
Isi siput buluh
Siput buluh (gambar waktu malam, kurang terang.

Siput buluh atau juga dikenali sebagi ambal (Sabah/Sarawak) juga pahat adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Nama saintifiknya ialah "Ensis arcuatus" [1]

Siput buluh merupakan siput bercengkerang memanjang itu mudah diperoleh di kawasan pantai berlumpur di Malaysia, terutama di Terengganu, Selangor, dan Sabah dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh turut terdapat di California (Amerika Syarikat), China dan Hong Kong.

Kajian "Ambal di Teluk Kuching, Sarawak" yang baru dilakukan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di bawah seliaan Ketua Jabatan Sains Akuatik, Dr. Siti Akmar Khadijah Ab. Rahim mengesahkan berlakunya penurunan populasi hidupan itu. Menurutnya, penyelidikan yang dilakukan di Asajaya bermula pada bulan Oktober 2005, misalnya menunjukkan penurunan dari 6,768 ekor ambal per hektar pada tahun 2005 kepada 4,868 perhektar pada 2006, dan merupakan antara projek utama Unimas.

Di Malaysia, musim siput buluh dikatakan bermula pada bulan Ogos sehingga bulan Mac tahun berikutnya namun paling banyak didapati pada November dan Disember.

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Pada masa kini (2008), Unimas sedang giat menjalankan penyelidikan khas bagi membiakkan siput buluh dengan mengumpul benih-benih siput buluh untuk dibiakkan di kawasan pantai berlumpur. Pada dasarnya, para pengkaji kini mengkategorikan ambal kepada tiga jenis.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]