Sistem Pendidikan di Australia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pendidikan di Australia secara amnya merupakan tanggungjawab setiap negeri dan wilayah.

Pendidikan wajib[sunting | sunting sumber]

Kehadiran sekolah adalah wajib bagi setiap pelajar di Australia. Kanak-kanak berumur 5–6 tahun menerima 11 tahun pendidikan wajib. Tambahan dua tahun lagi pada tahun ke-11 dan 12. Kadar literasi pada kadar 99%. Penilaian sistem pendidikan yang dilakukan oleh Kerjasama Ekonomi Dan Pembangunan (OECD) meletakkan pendidikan Australia di tangga ke-8 daripada 38 terbaik di dunia.[perlu rujukan] Programme for International Student Assessment meletakkan sistem pendidikan Australia pada 2006 di tangga ke-6 untuk Membaca, ke-8 untuk Sains dan ke-13 untuk Matematik.[1]

Pendidikan swasta[sunting | sunting sumber]

Banyak sekolah dan universiti swasta telah ditubuhkan. Namun majoriti penduduknya menerima bantuan dan pembiayaan kerajaan. Kira-kira 58% rakyat Australia berumur dari 25-64 menerima pendidikan vokasional atau lebih tinggi.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Setiap sekolah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan. Ini kerana Australia asalnya menjadi tempat buangan banduan dari Great Britain. Penghijrahan besar-besaran dari Britain dan negara-negara Eropah yang lain menjadikan Australia sebuah Eropah di Hemisfera Selatan. Tatabahasa dan ejaan mengikut bahasa Inggeris Britain. Kira-kira 80 % penduduknya berbahasa Inggeris di rumah. Lain-lain ialah orang Cina (2.1%), Itali (1.9%), dan Greek (1.4%).

Sukan sebagai kurikulum[sunting | sunting sumber]

Sistem pendidikan di sebuah sekolah Di Australia membenarkan pelajarnya mengambil tidak lebih daripada enam mata pelajaran.

Mount Lawley Senior High School mempunyai 1,300 pelajar . Ditubuhkan sejak 1955 . Sekolah ini menjadikan sukan dan pendidikan jasmani sebagai kurikulum sekolah dengan mewajibkan pelajarnya mengambil dua jam pendidikan jasmani setiap minggu, yang turut dimasukkan elemen sukan. Sedangkan di Malaysia sukan dan pendidikan jasmani sebagai kokurikulum.

Sekolah ini juga membenarkan para pelajarnya mengambil maksimum enam mata pelajaran.Pelajarnya boleh memasuki universiti hanya dengan mengambil empat mata pelajaran sahaja dengan syarat mesti lulus dengan cemerlang.

Konsep serta fleksibiliti sistem pembelajaran sekolah ini telah menjadikannya sebagai antara sekolah terbaik di antara 50 sekolah di Australia Barat, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga di bidang sukan. Pendekatan fleksi memberi faedah meluas. Sistem pendidikan tidak boleh rigid dalam menguruskan sekolah.Tenaga pengajar bidang sukan mestilah mencukupi.

Sekolah juga berkongsi beberapa kemudahan sukan dengan Universiti Edith Cowan. Perkongsian ini dapat menjimatkan kos pembinaan kemudahan sukan. Selain itu sekolah itu mempunyai tujuh pasukan pancaragam yang serba lengkap.

Persekitaran pembelajarannya juga kondusif. Penglibatan dan komitmen ibubapa para pelajar dalam membantu meningkatkan prestasi anak-anak mereka . Hubungan antara komuniti dengan pihak sekolah amat rapat. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Key findings". Programme for International Student Assessment. Australian Council for Educational Research. Diperoleh pada 2009-08-02. 
  2. M'sia Kaji Sistem Pendidikan Sekolah Di Australia, Bernama