Skrip lontara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lontara.png Rencana ini mengandungi teks Bugis.
Tanpa sokongan pantisan yang betul, anda mungkin akan melihat tanda soal, petak, simbol dsb. bukannya lontara.

Lontara ialah aksara asli masyarakat bugis-makassar. Jadi bukan asimilasi apalagi pengaruh budaya lain, termasuk india. bentuk aksara lontara menurut budayawan Prof Mattulada (alm) berasal dari "sulapa eppa wala suji". Wala suji berasal dari kata wala = pemisah/pagar/penjaga dan suji = putri. Wala Suji adalah sejenis pagar bambu dalam acara ritual yang berbentuk belah ketupat. Sulapa eppa (empat sisi) adalah bentuk mistis kepercayaan Bugis-Makassar klasik yang menyimbolkan susunan semesta, api-air-angin-tanah.

Aksara-aksara[sunting | sunting sumber]

Aksara-akasara lontara terdiri daripada 18 konsonan lontara dan satu vokal. Setiap konsonan mempunyai bunyi vokal /a/. Penyatuan antara konsonan bagi skrip ini adalah tidak wujud.Sebagai contoh, gabungan ᨉ (da), ᨕ (a) dan ᨊ (na) tidak akan menghasilkan 'dan' sebaliknya akan menghasilkan 'da-a-na'. Setiap konsonan diubah bunyinya dengan penggunaan tanda vokal.

Konsonan Lontara

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Secara asasnya, penamaan konsonan-konsonan lontara adalah berdasarkan sebutannya. Bagi tanda vokal pula, mereka dipanggil ana sure' (IPA:ʔanaˡsurəʔ) dan setiap satunya dipanggil dengan bunyinya. Berikut adalah jadual bagi aksara-aksara lontara:

Konsonan lontara

Ka

Ga

Nga

Ngka

Pa

Ba

Ma

Mpa

Ta

Da

Na

Nra

Ca

Ja

Nya

Nca

Ya

Ra

La

Wa

Sa

A

Ha
Tanda vokal (ana sure') Tanda baca
◌ᨗ i ◌ᨘ u ᨙ◌ e ◌ᨚ o ◌ᨛ ə

Tanda baca[sunting | sunting sumber]

Skrip lontara mempunyai dua tanda baca unik iaitu pallawa lontara, '᨞' serta penutup perenggan, '᨟'. Fungsi pallawa adalah sama seperti tanda noktah serta tanda koma dalam huruf rumi. Penutup perenggan pula berfungsi sebagai noktah di penghujung perenggan atau bahagian.

Pada masa kini, tulisan-tulisan yang menggunakan skrip lontara turut menggunakan tanda-tanda baca latin seperti tanda koma (,), titik bertindih (:}, tanda soal (?), dan sebagainya.

Ciri-ciri fonetik[sunting | sunting sumber]

Jadual fonetik konsonan lontara
Penyuaraan Labial Dental Palatal velar glotis
nasal bersuara m n ɲ ŋ
gugus bersuara - tak bersuara mp nr ɲc ŋk
hentian bersuara b d g
tak bersuara p t k ʔ
geseran dan bunyi afrikat bersuara ɟ
tak bersuara s c h
lambdal bersuara l
rhotal bersuara r
geluncuran tak bersuara w j

Pengekodan komputer[sunting | sunting sumber]

Unicode[sunting | sunting sumber]

Dalam unicode, julat kod bagi skrip lontara adalah dari U+1A00 sehingga U+1A1F [1]:

    0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 A B C D E F
U+1A0x  
U+1A1x   ◌ᨗ ◌ᨘ ᨙ◌ ◌ᨚ ◌ᨛ ¤ ¤


Catatan: Simbol '¤' pada kod U+1A1C dan U+1A1D adalah untuk dua tanda bacaan yang belum disahkan penggunaannya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]