Sokollu Mehmed Pasha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mehmed-paša Sokolović
Sokullupasa.jpg
Kelahiran 1506
Sokolovići, Wilayah Bosnia, Empayar Uthmaniyyah
Meninggal dunia 1579 (usia 73)
Constantinople, Empayar Uthmaniyyah
Etnik Bosnia
(lahir Serbia)

Sokollu Mehmed Pasha (Bosnian, Croatian, Serbian: Mehmed-paša Sokolović, "Sokollu" di Turkish adalah seorang negarawan terulung Empayar Uthmaniyyah pada abad ke 16. Pada usia muda Mehmed telah diambil sebagai janissari yang merupakan sebahagian daripada sistem ketenteraan Empayar Uthmaniyah iaitu devshirmeh.

Beliau telah naik kedudukannya di dalam sistem imperial kerajaan Uthmaniyah, bermula dengan perlantikannya sebagai ketua pengawal imperial (1543-1546), Ketua Angkatan Tentera Laut (1546-1551), Gabenor Jeneral di Rumelia (1551-1555), Wazir Ketiga (1555-1561), Wazir Kedua (1561-1565) dan sebagai Perdana Menteri (1565-1579) selama 14 tahun, 3 bulan, 17 hari di bawah tiga Sultan: Sulaiman al-Qanuni, Selim II, dan Murad III. Beliau telah dibunuh pada 1579, lalu menamatkan pemerintahannya selama 15 tahun sebagai pemerintah de facto Empayar Uthmaniyah.


Biografi[sunting | sunting sumber]

Wazir[sunting | sunting sumber]

Wazir Ketiga[sunting | sunting sumber]

Sultan Sulaiman I telah melantik Sokollu Mehmed Pasha sebagai Wazir Ketiga pada tahun 1555 dan diberikan tempat di dalam Dewan Imperial. Kedudukannya sebagai Gabenor Jeneral Rumelia telah diberi kepada sekutu Mehmed iaitu Pertev Pasha.

Sokollu Mehmed Pasha telah menundukkan pemberontakan di sekitar Balkan dan Salonica. Pemberontakan ini dibuat oleh Mustafa Bey yang mahu menuntut bela ke atas kematian putera Sultan iaitu Mustafa. Sokollu Mehmed Pasha telah menghantar 4 000 tentera berkuda dan 3 000 janisari untuk menghapuskan pemberontakan itu. Mustafa Bey telah dibuang negeri.

Adik lelaki Mehmed, Topuzli-Makarije, adalah berbangsa Serb Chilandar di Athos. Makarije Sokolović telah melawat istana abangnya di Constantinople pada tahun 1557. Mehmed berbincang dengan adiknya utuk membina semula Gereja Ortodok Serbia. Pada tahun yang sama, Mehmed Pasha telah mengisytiharkan pengembalian Peć Patriarchate, dengan Makarije Sokolović sebagai Patriarch Makarije I. Pengisytiharan ini juga memastikan haknya dan kebebasan beragama kepada semua bangsa di dalam Empayar Uthmaniyah.

Apabila bekas Perdana Menteri Ahmet Pasha diketepikan dan dibuang negeri, beliau telah digantikan oleh Rüstem Pasha, yang mempunyai banyak musuh. Satu daripanya adalah Lala Mustafa yang disiasat oleh putera Sultan yang ketiga iaitu Bayezid kemudian Beylerbey untuk menimbulkan pemberontakan terhadap adiknya Selim II yang bakal mewarisi takhta kerajaan. Sokollu Mehmed menghantar sebuah tentera ke Konya dan beliau menewaskan tentera Bayezid pada bulan Mei 1559. Bayezid berundur ke Parsi. Mehmed Pasha menetap di Asia dan menghabiskan musim sejuk dengan berbincang dengan Shah Parsi berhubung dengan penahanan Bayezid. Selepas beberapa perbincangan Shah telah menahan Bayezid dan empat orang puteranya.

Wazir Kedua[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Rustem Pasha meninggal dunia pada tahun 1561. Beliau telah digantikan oleh Wazir Kedua iaitu Semiz Ali Pasha. Sokollu Mehmed Pasha dilantik menjadi Wazir Kedua manakala Pertev Pasha menjadi Wazir Ketiga.

Sokollu Mehmed Pasha berkahwin dengan cucu Sultan Sulaiman I iaitu puteri Puteri Selim II Ismihan Sultan (sesetengah sumber menamakannya sebagai Esma Han Sultan) pada 17 Ogos 1562. Mehmed menghabiskan masanya dengan aman dengan mentadbir kawasannya.

Pada tahun 1564, anak saudara Mehmed iaitu Sokollu Mustafa Bey, menjadi ketua kawasan Bosnia di dalam Empayar Uthmaniyah.

Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 1565, Perdana Menteri Semiz Ali Pasha telah meninggal dunia. Sultan Sulaiman yang mempunyai keyakinan terhadap Sokollu Mehmed Pasha telah melantik beliau sebagai Perdana Menteri.


Templat:Perdana Menteri kerajaan Uthmaniyah