Pergi ke kandungan

Southville city

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Southville City, Dengkil[sunting | sunting sumber]

Turut dikenali sebagai Bandar Baru Lembah Selatan, bandar ini dibina oleh Southville City Sdn. Bhd, anak syarikat Mah Sing Group yang terletak di dalam Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor. Terletak bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan di antara persimpangan Bangi dan Persimpangan Putra Mahkota, Mah Sing telah membina persimpangan keluar baru iaitu Persimpangan Bertingkat Southville CIty di persimpangan 212A Lebuhraya Utara Selatan.[1]

Projek kediaman yang telah siap dan diduduki adalah Savanna Executive Suite yang mula dilancarkan pada 2013[2] berjenis pangsapuri servis merangkumi empat buah blok. Manakala, Avens Residence merupakan rumah bertingkat, Cerrado Suites berjenis pangsapuri servis.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Bandar ini terletak di sebelah kiri Lebuhraya Utara Selatan di antara persimpangan Bangi menghala ke utara dan Persimpangan Putra Mahkota menghala ke selatan. Dapat dihubungi melalui Jalan Bangi-Dengkil, menghubungkan Pekan Dengkil dan Bangi Lama. Bandar ini terletak di Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan di sini, kebanyakannya terletak di blok Savanna Executive Suite dan Savanna Lifestyle Retails. Daripada kedai runcit, klinik, klinik gigi, kedai dobi, restoran, kedai mamak, kedai tomyam sehingga ke Mr Diy, Speedmart 99, Tealive, Chatime, 7-11, MyNews, Family Mart dan Watsons. Selain itu, kedai komputer, kedai alat telekomunikasi, salun rambut, taska, tadika dan sekolah swasta juga terdapat di sini.

Selain itu, terdapat sebuah surau untuk kegunaan penduduk, taman - People's Park dan Summit Park.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ KKR (26 mac 2018). "Perasmian Persimpangan Bertingkat Southville City". https://www.kkr.gov.my/. Check date values in: |date= (bantuan); External link in |website= (bantuan)
  2. ^ "Pembangunan Southville City". https://www.propertyguru.com.my/. 13 ogos 2019. |first= missing |last= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan); External link in |website= (bantuan)