Stesen Beigongmen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beigongmen

北宫门
Kereta Api Bawah Tanah Beijing
Aras platform stesen.
LokasiHaidian, Beijing China
Koordinat40°0′4.41″N 116°16′16.36″E / 40.0012250°N 116.2712111°E / 40.0012250; 116.2712111Koordinat: 40°0′4.41″N 116°16′16.36″E / 40.0012250°N 116.2712111°E / 40.0012250; 116.2712111
Dikendalikan olehBeijing MTR
Laluan  Laluan 4
Platform2 (1 platform pulau)
Trek3
SambunganBas, teksi
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Sejarah
DibukaSeptember 28, 2009
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Kereta Api Bawah Tanah Beijing Stesen seterusnya
Anheqiaobei
Terminal
Laluan 4 Xiyuan
menghala ke Tiangongyuan
Lokasi
Map

Stesen Beigongmen (Cina ringkas: 北宫门站Cina tradisional: 北宮門站pinyin: Běigōngmén Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Haidian, dalam kawasan perbandaran Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan 4.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen Beigongmen dibuka kepada awam dan memulakan operasinya bersama-sama stesen di sepanjang Laluan 4 pada 28 Sepetember 2009.[2]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

Aras Jalan Aras Jalan Pintu masuk/keluar A-D, Istana Musim Panas
Aras Bawah Aras Legar Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang Akses OKU
Aras Bawah
Platform
 4  Laluan 4 menuju ke Tiangongyuan (Laluan Daxing) (Xiyuan)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
 4  Laluan 4 menuju ke Anheqiaobei (Anheqiaobei)

Dalaman stesen[sunting | sunting sumber]

Dalaman stesen
Pagar tambang di aras legar stesen Beigongmen.
Aras legar stesen bawah tanah stesen Beigongmen.
Aras platform stesen.

Terdapat dua aras legar stesen yang terletak di aras bawah tanah, di barat dan timur stesen. Pusat perkhidmatan pelanggan dan mesin tiket tambang disediakan di kedua-dua aras legar stesen. Bagi keselamatan pengguna, pondok polis kecil terletak di aras legar barat berdekatan dengan pintu keluar A1 dan D. Kedua-dua aras legar dihubungkan dengan laluan pejalan kaki tidak berbayar. Stesen Beigongmen dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri dan mesin juruwang automatik (ATM).[3] Stesen Beigongmen mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan 4 yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[3]

Pintu masuk dan keluar[sunting | sunting sumber]

Pintu masuk dan keluar stesen
Pintu A1 menuju ke Jalan Yiheyuan arah barat.
Pintu C menuju ke Jalan Yiheyuan arah timur.
Pintu D menuju ke Istana Musim Panas

Tiga pintu stesen yang dibina di stesen Beigongmen, pintu A1 dan D di barat stesen manakala pintu C di timur stesen.[3]

Pintu Lokasi Destinasi
A1 Jalan Yiheyuan (Barat) Jalan Qinglongqiao Timur (Qinglongqiao East Street), Central Party School of the Chinese Communist Party
C Jalan Yiheyuan (Timur) Akses OKU Jalan Gongmenqian (Gongmenqian Street), Qinglongqiao Street Intergrated Cultural Activities Center
D Istana Musim Panas Pintu utara Istana Musim Panas, Tasik Houlu, Jalan Yiheyuan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  2. ^ Wang Yutong (16 Disember 2019). "Flit about Beijing by subway: Line 4" (dalam bahasa Inggeris). CGTN News. Dicapai pada 15 Januari 2022.
  3. ^ a b c "Beigongmen – Beijing MTR" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]