Stesen kereta api

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stesen kereta api kecil biasa

Stesen kereta api ialah satu kemudahan tempat di mana para penumpang dapat menaiki dan menuruni kereta api, dan/atau di mana kereta api pengangkut barangan dapat diisi atau dipunggah.[1] Lazimnya terdapat pengangkutan awam lain yang berhubung dengan stesen kereta api seperti bas dan teksi.

Sebuah stesen biasanya terdiri dari sekurang-kurangnya satu bangunan untuk para penumpang (dan kemungkinan barangan) dan ditambah pemasangan lain berkaitan dengan kefungsian landasan. Sebuah stesen kecil dengan sedikit kemudahan dan/atau kegunaan terhad dapat dipanggil sebagai "perhentian".

Stesen dibina sama ada bersebelahan dengan atau melintangi sebuah laluan keretapi, atau di hujung laluan (di mana ia menjadi terminal laluan). Biasanya pelantar ternaik disediakan untuk membenarkan para penumpang menaiki kereta api secara mudah dan selamat. Pelantar dapat dihubungkan dengan laluan bawah tanah, jambatan jalan kaki, atau lintasan kereta api; kemudahan penumpang seperti tempat berlindung, jualan tiket dan bangku boleh dijumpai di pelantar atau (di stesen besar) dalam bangunan stesen.[2]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Bishopsgate Goods Station (Goodsyard)". Subterranea Britannica. 2005-06-29. Diperoleh pada 2008-03-13. 
  2. "NS Station Furniture". Benelux Railways Society. Diperoleh pada 2008-03-13. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Pengangkutan awam