Stesen Janakuasa Sultan Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Stesen Janakuasa Sultan Ismail ialah stesen janakuasa turbin gas asli terbesar di Malaysia. Terletak di Paka, Terengganu, ia menghasilkan 1,136 MW. Gas asli diperolehi daripada loji pemprosesan gas Petronas yang berhampiran di Kerteh.

Stesen ini siap pada 1987 dan dibuka secara rasmi pada 1988 oleh Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dari Terengganu.