Paka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Paka terletak di Terengganu, kira-kira 100 km di selatan Kuala Terengganu. Tempat berhampiran dengan Paka ialah Kerteh, Marang, Tanjong Jara, Kampung Labohan, Merchang dan lain-lain. Sungai Paka mengalir dari Bukit Patang (629 m) dan Gunung Ulu Bakar (1391 m). Pantai Paka yang berkelok menghadap Laut China Selatan. Terdapat perkampungan nelayan di sepanjang pantai Paka.

Paka pesat membangun hasil perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu, berhampiran Kerteh. Petronas dipertanggungjawabkan untuk membangunkan kawasan Kerteh dan Paka. Penduduk Loji Penapis Minyak Terengganu yang besar dan panjang terletak di sini. Kawasan Perindustrian Petronas, Taman Industri Paka dan Kawasan Perindustrian Chachar dibangunkan bagi menampung keperluan pekerjaan dan ekonomi penduduk.

Stesen Janakuasa Sultan Ismail, stesen janakuasa gas terbesar di Malaysia, terletak di Paka dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional.

Tempat-tempat[sunting | sunting sumber]

Kampung / Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

  1. Bukit Bauk
  2. Kuala Paka
  3. Kampung Gemia
  4. Kampung Santong
  5. Kampung Limbong
  6. Kampung Cacar
  7. Kampung Nyior
  8. Kampung Gong Beting
  9. Kampung Pinang Merah
  10. Kampung Air Hitam
  11. Kampung Baru Tebing Tembah
  12. Rumah Murah Gong Gemia
  13. Taman Gembira
  14. Kampung Chachar Baru
  15. Taman Sri Bayu
  16. Taman Suria
  17. Taman Gembira
  18. Taman Indah
  19. Taman Budi
  20. Taman Murni Perdana
  21. Kampung Bukit Merah
  22. Taman Impian
  23. Taman Paka Perdana

Pautan luar[sunting | sunting sumber]