Suhu dan tekanan piawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang sains fizikal, suhu dan tekanan piawai (juga dikenali secara tidak formal dalam singkatan STP) merupakan set keadaan piawai bagi pengukuran ujikaji untuk membolehkan perbandingan antara data. Kebanyakan daripada piawai-piawai ini ditentukan oleh Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC) dan Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan walaupun terdapat pelbagai piawaian yang lebih umum serta diterima komuniti saintis.

Dalam bidang kimia, definisi IUPAC untuk suhu dan tekanan piawai adalah pada suhu 273.15 K (0 °C, 32 °F) dan pada suhu mutlak 100 kPa (14.504 psi, 0.986 atm, 1 bar),[1]. Nilai piawai yang biasanya digunakan (tetapi tidak diiktiraf IUPAC) ialah suhu dan tekanan ambien piawai (SATP) iaitu suhu 298.15 K (25 °C, 77 °F) dengan tekanan mutlak 100 kPa (14.504 psi, 0.986 atm). STP dan SATP tidak harus dikelirukan kerana STP biasanya digunakan dalam tindak balas termodinamik Tenaga Bebas Gibbs.

NIST mengiktirafkan suhu 20 °C (293.15 K, 68 °F) dan tekanan mutlak 101.325 kPa (14.696 psi, 1 atm) sebagai piawai. Manakala Keadaan Metrik Antarabangsa Piawai yang digunakan untuk gas asli dan bendalir ialah 288.15 atau 101.325 kPa.[2]

Di dalam kimia, istilah suhu dan tekanan piawai (singkatan STP) merujuk kepada suhu tepat 0°C (273.15 K) dan tekanan 1 atm (101.325 kPa). Nilai-nilai ini merujuk kepada titik lebur air dan tekanan atmosfera pada aras laut.

Istilah ini tidak patut dikelirukan dengan istilah keadaan bilik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. A. D. McNaught, A. Wilkinson (1997). Compendium of Chemical Terminology, The Gold Book (edisi ke-2). Blackwell Science. ISBN 0865426848. http://www.iupac.org/goldbook/S05910.pdf. "Standard conditions for gases: Temperature, 273.15 K ... and pressure of 105 pascals" 
  2. ISO 13443

Lihat juga[sunting | sunting sumber]