Tekanan atmosfera
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Tekanan atmosfera adalah tekanan pada titik di mana-mana sahaja di atmosfera bumi. Pada amnya, tekanan atmosfera hampir sama dengan tekanan hidrostatik yang disebabkan oleh berat udara di atas titik pengukuran. Jisim udara dipengaruhi tekanan atmosfera umum di dalam jisim tersebut, yang menciptakan kawasan bertekanan tinggi dan bertekanan rendah. Kawasan bertekanan rendah memiliki jisim atmosfera yang lebih sedikit di atas kawasan itu, dan sebaliknya, kawasan bertekanan tinggi memiliki jisim atmosfera lebih besar.
Peningkatan ketinggian menyebabkan kekurangan jumlah molekul udara secara eksponen. Maka, tekanan atmosfera menurun apabila semakin tinggi. Berikut adalah rumus anggaran untuk tekanan atmosfera:
,
iaitu P adalah tekanan dalam pascal dan h adalah ketinggian dalam meter. Persamaan ini menunjukkan bahawa tekanan pada ketinggian 31 km adalah sekitar 10(5-2) Pa = 1000 Pa, atau 1% dari tekanan pada permukaan laut. Secara kasar, untuk beberapa kilometer di atas permukaan laut, tekanan berkurang 100 hPa per kilometer.
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Encyclopedia of Earth: Atmospheric pressure
- (Inggeris) page on the 1976 Standard Atmosphere
- (Inggeris) Source code and equations for the 1976 Standard Atmosphere
- (Inggeris) A mathematical model of the 1976 U.S. Standard Atmosphere
- (Inggeris) Online calculator for the 1976 Standard Atmosphere
- (Inggeris) Calculator using multiple units and properties for the 1976 Standard Atmosphere
- (Inggeris) An exercise in air pressure