Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah
| Sultan Abdul Jalil | ||
|---|---|---|
| Sultan Perak | ||
![]() |
||
| Pemerintahan | 15 Januari 1916 - 26 Oktober 1918 | |
| Lahir | 1869 | |
| Kuala Keboi, Kampar, Perak Darul Ridzuan | ||
| Mangkat | 26 Oktober 1918 | |
| Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan | ||
| Pendahulu | Sultan Idris Shah I | |
| Pengganti | Sultan Alang Iskandar Shah II | |
| Permaisuri | Raja Perempuan Nuteh Jahrah binti Sultan Ali | |
| Ayahanda | Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni Raja Bendahara Alang Iskandar | |
Setelah mangkatnya Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah, putera Almarhum, Raja Abdul Jalil Nasruddin Shah, telah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke-29 pada bulan Januari 1916. Raja Abdul Jalil Nasruddin Shah ditabalkan dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah dan bersemayam di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Walaupun pemerintahan baginda sangat singkat tetapi Baginda sempat merasmikan pembukaan dua buah masjid besar di Negeri Perak, iaitu Masjid Ubudiah di Bukit Chandan dan Masjid Ridzuaniah di bandar Kuala Kangsar.
Baginda memerintah selama dua tahun sahaja. Baginda mangkat pada tahun 1918 dan dimakamkan di Permakaman Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Makam Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah terletak di sebelah Makam Almarhum Sultan Idris Murshidul'Adzam Shah. Almarhum diberi gelaran 'Marhum Radziallah'. Baginda diganti oleh adinda baginda iaitu Sultan Iskandar Shah
Legasi [sunting]
Jambatan Sultan Abdul Jalil yang menyeberangi Sungai Perak di Kuala Kangsar mengambil sempena nama baginda.
Lihat juga [sunting]
Nota kaki [sunting]
| Didahului oleh Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah |
Sultan Perak 1916-1918 |
Diikuti oleh: Sultan Iskandar Shah |
