Sungai Bong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Bong
Sungei Bong, Sg. Bong
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriKedah Darul Aman
DaerahPadang Terap
MukimPedu
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiGenting Peniat berhampiran Kampung Peniat
 • koordinat6°20′51″N 100°49′39″E / 6.34755°N 100.82757°E / 6.34755; 100.82757
Muara 
 • lokasi
Sungai Pedu (Empangan Pedu) di Kampung Kubu Durian
 • koordinat
6°19′24″N 100°48′38″E / 6.32332°N 100.81047°E / 6.32332; 100.81047
PanjangTidak diketahui

Sungai Bong (Jawi: سوڠاي بوڠ), atau juga dikenali sebagai Sungei Bong sebelum 1972,[1], Sungai Rong dan Sg. Bong ialah sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Lokasi koordinat Sungai Bong ialah 6°20′N 100°44′E / 6.333°N 100.733°E / 6.333; 100.733.[3] Mengikut topografi kawasan, lembah sungai Sungai Bong terletak di anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 100 meter (328.1 ka).[2] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.[2]

Sungai Bong berasal daripada Genting Peniat (atau Chong Panet), di selatan Kampung Peniat, berhampiran dengan sempadan antarabangsa Malaysia–Thailand, di koordinat 6°20′51″N 100°49′39″E / 6.34755°N 100.82757°E / 6.34755; 100.82757.[4][5] Ia akan menelusuri kawasan perhutanan tebal di Hutan Simpanan Kekal Padang Terap sebelum bermuara di Tasik Pedu (atau Empangan Pedu), berhampiran dengan kawasan kampung yang ditinggalkan, Kampung Kubu Durian. Sebelum Empangan Pedu dibina, Sungai Bong akan melalui beberapa kawasan perkampungan kecil di kawasan pedalaman dahulu, seperti Kampung Mong Gajah Ilir, Kampung Surau, Kampung Belukar dan Kampung Kuala serta menelusri Bukit Kulit Mentimun sebelum bermuara di simpang tiga Sungai Pedu dan Sungai Mong Gajah. Lokasi muara kira-kira terletak di 6°15′N 100°49′E / 6.250°N 100.817°E / 6.250; 100.817.[4][5]

Terdapat beberapa sungai dan anak sungai yang bermuara di Sungai Bong iaitu:[2][4][5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gazetter No. 10 – British Borneo, Singapore, and Malaya; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names [Gazetir Kesepuluh British Borneo, Singapura dan Tanah Melayu; Nama Piawai Rasmi yang Diluluskan oleh Lembaga Amerika Syarikat untuk Nama Geografi] (dalam bahasa Inggeris). United States Government Printing Office. 1955. ISBN 9780598719669. Dicapai pada 12 Januari 2018.
  2. ^ a b c d "Sungai Bong, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 2 Januari 2009. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  3. ^ Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  4. ^ a b c Survey Department, Federation of Malaya (1950) (dalam bahasa Inggeris). Malaya 1950 – Topography (Peta). 1:760 320. Malaysia.
  5. ^ a b c Survey Department, Federation of Malaya (1948) (dalam bahasa Inggeris). Perlis and Kedah 1948, North Sheet (Peta). 1:126 720. Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]