Sungai Kura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sungai Mt'k'vari (Kura) berhampiran Old Town, Tbilisi.

Kura (Bahasa Turki: Kura, bahasa Georgia: მტკვარი - Mtkvari, Bahasa Azeri: Kür) ialah sebatang sungai di Pergunungan Caucasus. Bersumber (punca mata airnya) datang dari daerah timur laut Turki (dahulunya wilayah Georgia Tao), sungai ini mengalir melintasi Turki ke Georgia, lalu ke Azerbaijan, di mana sungai ini menjadi muara kepada Sungai Aras, kemudian bermuara di Laut Kaspia. Panjang sungai ini ialah 1,364 km.

Sungai ini dahulunya dapat dilayari hingga di Tbilisi di Georgia, namun sekarang mengalami pendangkalan, kerana digunakan sebagai empangan yang bertujuan untuk menjana kuasa hidroelektrik melalui laluan air (terutamanya di Georgia). Sungai ini banyak dicemari oleh sejumlah kawasan industri, seperti di Tbilisi dan Rustavi di Georgia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]