Laut Kaspia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Laut Kaspia
Stenka Razin (Vasily Surikov)

Laut Kaspia (bahasa Inggeris:Laut Caspian) merupakan sebuah laut yang terletak di antara Asia dan Eropah. Ia tidak bersambung dengan mana-mana lautan, dan oleh itu turut digelar tasik terbesar di dunia. Oleh sebab airnya masin, ia mempunyai kedua-dua ciri laut dan tasik. Tahap kemasinannya ialah sekitar 1.2%, satu pertiga daripada kemasinan air laut biasa.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Laut Kaspia terletak di timur laut Eropah dan barat daya Asia. Ia disempadani oleh Rusia dan Azerbaijan di barat, Kazakhstan dan Turkmenistan di sebelah timur laut dan timur, dan oleh Iran di bahagian selatan.

Laut Kaspia mempunyai luas permukaan 371,000 km2 dan kedalaman maksimum 980 m. Ia mengunjur sejauh 1,210 km dari utara ke selatan dan sejauh 210 hingga 436 km dari timur ke barat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]