Surau Al-Iqra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pusat Islam Al-Iqra diwujudkan pada 1 Jun 2004 dan beroperasi secara sepenuhnya pada 10 Julai 2004 setelah mendapat kebenaran mendirikan solat Jumaat sementara JAIS ( Ruj: (68) dlm. JAI. sel. BPM/01/051 Jld2) dan kelulusan dari Timbalan Naib Canselor HEP. Ini bermakna surau ini diwujudkan khusus untuk mahasiswa UiTM mendirikan solat 5 waktu dan Solat Jumaat. Surau ini diketuai oleh seorang Pegawai Hal Ehwal Islam dengan tiga staf tambahan iaitu Imam , Bilal , dan Pembantu Am Rendah (PAR). Surau ini disamping berfungsi sebagai tempat ibadah, ia juga menganjurkan program-program Agama seperti Kuliah fardhu Ain, Kelas pengajian taranum dan talaqqi Al-Quran,Yassin dan Tahlil malam Jumaat, Solat Hajat Perdana, Ceramah hari-hari kebesaran islam seperti Maal Hijrah, Kem Bimbingan Ramadhan, tadarus Quraan sempena Ihya Ramadhan, dan bermacam-macam program yang akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. Program-program ini adalah khusus untuk membekalkan para Mahasiswa Kampus dengan ilmu-ilmu Akhirat sebagai pengukuh diri di masa hadapan.