Susuh pelvis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Susuh pelvis ular sawa Burma balar jantan
Tulang susuh pelvis pada rangka ular sawa Boelens

Susuh pelvis merupakan anggota vestij kaki yang terdapat di setiap sebelah lohong pada ular primitif seperti boa dan ular sawa.[1] Saki-baki pelvis dan femur yang tidak bercantum dengan tulang belakang ini sekadar "beralun-alun" dalam otot.[1] Femur menonjol dari badan ular dan disaluti dengan susuh kornea yang menyerupai taji atau kuku.[1] Susuh ular jantan lazimnya lebih panjang dan tajam daripada susuh ular betina, dan digunakan untuk mengancing dan menggeletek sewaktu berpacaran dan mengawan,[2] dan juga untuk berlawan dengan jantan-jantan yang lain bagi sesetengah spesies.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Pough et al. 1992. Herpetology: Third Edition. Pearson Prentice Hall:Pearson Education, Inc., 2002.
  2. Courtship and Pelvic Spur Use in the Burmese Python, Python molurus bivittatus. James C. Gillingham and Jeffrey A. Chambers. Copeia, Vol. 1982, No. 1 (Feb. 23, 1982), pp. 193-196. http://www.jstor.org/stable/1444292
  3. Combat Bouts with Spur Use in the Madagascan Boa (Sanzinia madagascariensis). Charles C. Carpenter, James B. Murphy and Lyndon A. Mitchell. Herpetologica, Vol. 34, No. 2 (Jun., 1978), pp. 207-212. http://www.jstor.org/stable/3891678

Templat:Snake-stub