Syarif Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syariff Osman adalah seorang Pemerintah di kawasan Teluk Marudu sebelum kedatangan British ke Sabah. Beliau adalah berdarah keturunan Syariff campuran Suluk-Bajau/Brunei. Beliau telah berkahwin dengan Puteri Sulu iaitu anak saudara Sultan Sulu Sultan Jamalul Alam bernama Dayang Cahaya. Salah seorang anak beliau yang terkenal ialah Syariff Merum. Syariff Osman ditempatkan oleh Sultan Sulu untuk memerintah dan memungut cukai di kawasan Teluk Marudu apabila kawasan ini diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu.

Namun demikian, apabila Sabah dipajakkan kepada Kompeni British, Syarif Osman dan Datu Mat Salleh tidak lagi dibenarkan memungut cukai oleh British di kawasan masing-masing.Akibatnya mereka melancarkan penentangan melawan Penjajah British. Kompeni British melaporkan kepada Sultan Sulu dan mencanangkan kepada penduduk tempatan bahawa Syariff Osman adalah lanun dan perlu dihapuskan. Sesiapa yang membantunya dianggap pemberontak dan akan ditangkap.Sebenarnya Syariff Osman dan pengikutnya seringkali menyerang kapal-kapal dagang British dan Barat yang berlabuh di kawasan Teluk Marudu dan Kudat sehinggakan Pusat Pentadbiran Kompeni dipindahkan dari Kudat Ke Sandakan.

Pada penghujung penentangan Syariff Osman, beliau telah membina sebuah Kubu di Sungai Langkon-Bandau dan membeli meriam dari Brunei dengan bantuan sepupunya Syariff Masyhor di Sarawak. Meriam Keramat beliau dinamakan Mandi Darah dan ...? yang mana dipercayai Mandi Darah akan mengeluarkan darah dimuncungnya apabila ada musibah atau kekalahan dalam pertempuran. Salah satu Meriam ini telahpun dapat diambil oleh penduduk kampung dari sungai Langkon dan kini telah diserahkan kepada Muzium Negeri Sabah. Anehnya sewaktu ditemui meriam ini hanya boleh diangkat oleh 4 orang lelaki dewasa dan tidak boleh digerakkan atau diangkat oleh sebarang orang kecuali yang berdarah dan berketurunan Pejuang Marudu diera Syariff Osman.

Satu lagi meriam Syariff Osman masih terbenam di sungai Langkon-Bandau di kawasan Kubu Syariff Osman. Meriam ini dipercayai ada legenda dan Penunggunya. Syariff Osman dipercayai mempunyai ilmu kebal dan tidak lut senjata atau peluru. Sewaktu pertemputan terakhir, Syariff Osman telah tercedera akibat tertembak di ketiaknya iaitu satu-satunya tempat kelemahan atau rahsia ilmu kebalnya. Pihak British gagal menemui mayatnya untuk digantung di khalayak ramai. Adalah dipercayai Syariff Osman telah meninggal dunia akibat kecederaan tersebut dan dimakamkan di kawasan kubunya seperti mana yang diwasiatkannya. Syariff Osman bersama lebih kurang 1000 orang pengikutnya gagal menandingi kekuatan Kompeni British dan tewas di Kota Marudu.

Kawasan makam Syariff Osman terletak lebih kurang 1.5 km dari kawasan Pusat Informasi Jati dan 500 meter dari Pejabat Perhutanan Wilayah Kudat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]