Syarikat Bekalan Air Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo SYABAS

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd atau SYABAS ialah sebuah syarikat berkait kerajaan Selangor yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan pembekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. SYABAS telah ditubuhkan pada 8 Julai 1996 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965. Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) adalah subdiari bagi syarikat SYABAS. Pengerusi eksekutif adalah Tan Sri Rozali Ismail.

Pemegang saham[sunting | sunting sumber]

Saham kapital yang dibenarkan untuk SYABAS adalah RM100,000,000.00 mengandungi 93,449,999 saham biasa RM1.00 setiap satu, satu (1) saham emas RM1.00 655,000,000 redeemable cumulative preference shares ("RPS") bagi RM0.01 setiap satu, manakala saham kapital berbayar bagi SYABAS adalah RM71,550,001.00 mengandungi 65,000,000 saham biasa RM1.00 setiap satu, 655,000,000 RPS bagi RM0.01 setiap satu dan satu (1) saham emas RM1.00. Pemegang saham SYABAS adalah Puncak Niaga Holdings Berhad ("PNHB") yang memegang 70% jumlah saham ekuiti di dalam SYABAS, 15% pemegang ekuiti dipegang oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad ("KDEB") dan baki 15% dipegang oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ("KPS"). Kerajaan Persekutuan ("Kerajaan") menerusi kementerian kewangan Kementerian Kewangan Berhad ("MOF") memegang (1) pemegang emas di SYABAS.

Perjanjian konsesi[sunting | sunting sumber]

Melalui perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004 di antara SYABAS, kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan, dan kerajaan persekutuan, SYABAS telah diberikan satu tempoh tiga puluh (30) tahun, bermula pada 1 Januari 2005 yang mana SYABAS telah mengambil alih semua fungsi dan Perbadanan Urus Air Selangor Berhad ("PUAS") di dalam kawasan bekalan air dan pengagihan bekalan air ke pelanggan di dalam negeri Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melibatkan lebih 7.3 juta dan industri dan pengguna komersil menerusi 1.52 juta akaun komersil pengguna menjadikan ia merupakan penswastaan bekalan air di Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]