Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus
Ikon Dakwah
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Memegang jawatan
2020
Butiran peribadi
Alma materUniversiti Sains dan Teknologi San'a, Yaman

Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang Al-Idrus ialah seorang pendakwah Islam di Malaysia. Beliau pernah dipilih sebagai mursyid (mentor) kepada peserta rancangan Imam Muda terbitan Astro Oasis[1]. Beliau telah dipilih sebagai Ikon Dakwah bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk dua tahun berturut-turut bagi tahun 2020[2] dan 2021[3].

Karya penulisan[sunting | sunting sumber]

Artikel beliau turut disiarkan dalam buku 'Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah'.Buku produksi majalah Mastika dan diterbitkan oleh Utusan Karya Sdn. Bhd. ini dilancarkan pada 22 September 2011 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Astro Oasis Umum 10 Calon Imam Muda Terunggul". mStar. 26 Mei 2010. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  2. ^ "YADIM lantik sembilan Ikon Dakwah". YADIM. 26 September 2020. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  3. ^ Samadi Ahmad (8 Disember 2021). "Perluas dakwah melalui pelbagai medium". HMetro. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  4. ^ "Iktibar terbaik dari Mekah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-13. Dicapai pada 2011-10-15.