Islam di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid Besi di Putrajaya
Masjid Negara di Kuala Lumpur

Malaysia ialah sebuah negara berbilang-kaum yang de-facto sekular, pada masa yang sama status rasmi Islam diiktiraf.[1][2][3]. Menurut kepada rajah banci 2000, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam; 19 peratus agama Buddha; 9 peratus Kristian; 6 peratus Hinduisme; dan 3 peratus Konfusianisme, Taoisme, dan agama tradisional Cina lain. Yang selebihnya menganut kepercayaan lain, termasuk animisme, Sikhisme, dan Baha'i.[4] Seperti yang diperlukan oleh undang-undang Malaysia dan ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia, seorang Melayu boleh menyerahkan status etniknya jika dia adalah bukan Muslim[5]. Bagaimanapun sebaliknya adalah tidak sahnya benar; seseorang tidak sahnya menjadi Bumiputera dengan memeluk Islam. Muslim Malaysia adalah primernya Melayu walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim Pakistan dan bilangan yang semakin bertambah dari etnik mualaf Cina.

Sebilangan Muslim muda, terutamanya yang dibesarkan dalam yang lebih sekular atau berlatar barat adalah Muslim sapara mengamal. Mereka mematuhi amalan bulan suci (Ramadan) apabila berpuasa semasa waktu siang yang madatori, dan mengelak memakan daging babi tetapi mereka tidak mengerjakan sembahyang lima waktu sehari mahupun pergi ke masjid secara kerap.

Pada masa yang sama, bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambil agama ini lebih serius, dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung atau skaf kepala sebagai bukti.

Bentuk-bentuk Islam[sunting | sunting sumber]

Sunni Islam[sunting | sunting sumber]

Ajaran Shafi'i yang merupakan salah satu cabang kepada Sunni, merupakan mazhab yang utama di Malaysia. Pun begitu, di sesetengah kawasan terpencil, masih ada unsur kepawangan dalam ajaran Islam mereka. Masjid sudah menjadi kelaziman di merata tempat di seluruh negara dan suara Azan dapat didengari dari kubah-kubah masjid 5 kali setiap hari. Pihak kerajaan dan institusi perbankan akan ditutup selama dua jam pada hari Jumaat bagi menghormati pekerja-pekerja yang perlu menunaikan solat secara jemaah di masjid-masjid. Di sesetengah negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, mereka memilih hari Jumaat dan Sabtu dan bukan Sabtu dan Ahad sebagai hari cuti umum.

Islam Hadhari[sunting | sunting sumber]

Istilah "Islam Hadhari" atau Islam progresif telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk menegaskan peranan utama pengetahuan dalam Islam. Ketekunan, kejujuran, pentadbiran yang baik, serta kecekapan diberikan nilai yang sama. Ia juga merayu kepada orang-orang Islam agar menjadi menyeluruh, bertoleransi, dan berpandangan ke luar.

Islam Hadhari bertujuan untuk mencapai sepuluh prinsip utama:

  1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.
  2. Kerajaan adil dan beramanah.
  3. Rakyat berjiwa merdeka.
  4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
  5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
  6. Kehidupan berkualiti.
  7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
  8. Keutuhan budaya dan moral.
  9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
  10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

Abdullah Mohd Zain, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, berkata bahawa "Ia menekankan kebijaksanaan, sifat praktik, dan keharmonian," dan menambah bahawa "Ia menggalakkan kesederhanaan atau pendekatan seimbang terhadap kehidupan, tanpa menyimpang daripada asas-asas al-Quran, serta contoh-contoh dan pepatah-pepatah Nabi Muhammad.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Adalah anggapan umum bahawa Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke-10 di Terengganu yang merupakan negeri Melayu pertama menerima Islam. Pandangan ini adalah berdasarkan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat tersebut bertarikh 1303 M.

Oleh itu boleh dianggarkan, Sultan Muzaffar Shah I (abad ke-12) dari Kedah memeluk Islam lebih awal dan menjadi raja Melayu pertama yang diketahui untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, pemelukan Islam oleh Sultan Megat Iskandar Shah, sebelum itu dikenali sebagai Parameswara menjadiperistiwa penting dalam penerimaan Islam oleh orang Melayu di Tanah Melayu. Baginda telah memeluk Islam selepas perkahwinannya dengan seorang puteri dari Pasai.

Tudung merupakan suatu pengenalan yang agak baru, dan tidak ketara sehingga kebangkitan Islam di seluruh dunia pada dekad 1980-an.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Islam adalah pusat dan mendominasi dalam kebudayaan Melayu. Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia mempunyai asal-usul daripada Bahasa Arab, bahasa pilihan agama Islam. Akan tetapi, terdapat juga perkataan Bahasa Malaysia yang berasal daripada Bahasa Portugis, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Islam sudah begitu sebahagian daripada identiti Melayu sehingga adat istiadat Islam telahpun diasimilasikan dengan budaya Melayu. Di dalam konteks harian, perkataan Muslim dan Melayu sering ditukar ganti.

Hari Raya Aidilfitri (Eid ul-Fitr) merupakan perayaan yang penting bagi orang Islam di Malaysia.

Undang-undang dan politik[sunting | sunting sumber]

Seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, orang Malayu semestinya berugama Islam, tidak kira apa warisan etniknya; jika tidak mereka bukan Melayu dari segi undang-undang. Ini bermakna Melayu-Melayu yang murtad hilang kesemua hak keistimewaan mereka termasuk status Bumiputera yang memberi laluan penggunaan dasar tindakan pengeyaan untuk kemasukkan ke universiti-universiti, diskaun-diskaun pembelian kenderaan, harta tanah dsb.

Kemurtadan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perdebatan tentang kemurtadan telah dimulakan dalam masyarakat dan politik Melayu. Kes yang paling banyak didokumenkan ialah Kerajaan Langit yang diperlihatkan sebagai satu ujian mudah terhadap kebebasan agama.

Ketua Mufti Negeri Perak, Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria, mengumumkan bahawa terdapat hampir 250,000 orang yang murtad di Malaysia. Angka ini termasuk hampir 100,000 orang Melayu Islam yang mengisytiharkan diri sebagai orang Kristian. Pengumuman ini dibuat dalam Forum TV yang berjudul "Pekerti Islam" di negeri Kedah baru-baru ini dan disiarkan oleh RTM pada bulan April 2006. Lagi 100,000 orang Islam adalah dalam proses untuk memfailkan kemurtadan mereka, manakala yang lain sedang memfailkan untuk menukarkan nama Islam mereka kepada "nama agama yang lain". "Angka ini tidak termasuk individu-individu yang tidak bersolat, tidak berpuasa, dan menentang semua hukum Islam," dia berkata.

Menurut Mufti Perak, dia telah menerima sepucuk surat daripada Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh pihak berkuasa agama Malaysia/Perak kerana kekejaman (atau bermaksud jahat) disebabkan oleh keengganan membenarkan hampir 30,000 orang Melayu Islam memeluk agama Kristian..

Oleh yang demikian, maka keperluan untuk mewujudkan undang-undang syariah amat diperlukan. Hukum hudud dan qisas perlu dilaksanakan untuk membendung gejala murtad ini daripada terus membarah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. [1]
  2. Wu & Hickling, p. 35.
  3. Ooi, J. 2007. Merdeka... 50 years of Islamic State?. Available from: http://www.jeffooi.com/2007/07/merdeka_50_years_of_islamic_st.php. Accessed 21 July 2007.
  4. (Inggeris) U.S. Department of State. Malaysia. Dicapai 2006-08-03.
  5. Artikel 160 Perlembagaan Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]