Tabung Kewangan Antarabangsa
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tabung Kewangan Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Monetary Fund atau IMF) ialah organisasi antarabangsa yang menyelia sistem kewangan dunia dengan mengikut polisi makroekonomi negara anggota, terutama yang memberi kesan kepada kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran. IMF juga memberi bantuan kewangan dan teknikal kepada negara anggota yang menjadikan organisasi ini sebagai peminjam antarabangsa terakhir. IMF beribu pejabat di Washington, D.C., Amerika Syarikat.