Takeshi Kaneshiro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Takeshi Kaneshiro
金城武
Kelahiran 11 Oktober 1973 (41 tahun)
Tinggi 5'11 179cm
Pasangan Bujang
Laman web
http://www.fulong.jp/kaneshiro/takeshi.html

Takeshi Kaneshiro (bahasa Jepun dan bahasa Cina: 金城武, Hepburn: Kaneshiro Takeshi, Pinyin: Jīnchéng Wǔ), (lahir pada 11 Oktober 1973) ialah seorang pelakon dan model lelaki. Nama Cina Takeshi Kaneshiro yang ditulis dengan aksara yang sama, dibaca sebagai Jīnchéng Wǔ.

Kaneshiro dilahirkan sebagai anak kepada ibu berbangsa Taiwan dan bapa berbangsa Jepun tetapi dibesarkan di Taipei, Taiwan. Dia mempunyai dua orang adik beradik (seorang berusia tujuh tahun lebih tua dan seorang setahun lebih tua). Selepas sentiasa dibuli di sebuah sekolah tinggi Taiwan biasa, Gaoxong Preparatory School, disebabkan keturunan campurnya, dia mendaftarkan diri di Taipei American School yang membolehkannya bertutur dalam bahasa Inggeris dan menjadikannya seorang yang bertutur dalam pelbagai bahasa dengan berkesan memandangkan kefasihannya dalam Mandarin, bahasa Taiwan (Min Nan) dan bahasa Jepun. Kesan daripada latar belakangnya yang pelbagai, Kaneshiro mampu bertutur dengan pelbagai tahap kefasihan dalam bahasa Inggeris, bahasa Taiwan, Mandarin, Kantonis dan bahasa Jepun. Ketika dia sedang belajar, dia mula terlibat dalam iklan TV, dan dia memutuskan untuk berhenti sekolah demi mengejar karier sebagai penyanyi dan pelakon.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]