Takur api (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Takur api
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Piciformes
Keluarga: Megalaimidae
Genus: Psilopogon
Spesies:
P. pyrolophus
Nama binomial
Psilopogon pyrolophus

Takur api (Psilopogon pyrolophus) ialah spesies takur dalam keluarga Megalaimidae. Ia terdapat di Semenanjung Malaysia dan Sumatera, di mana ia mendiami hutan tanah pamah dan pergunungan lembap tropika. Ia telah disenaraikan sebagai Kurang Membimbangkan dalam Senarai Merah IUCN sejak 2004.[1] Nama saintifiknya telah diusulkan oleh Salomon Müller pada tahun 1836, yang memerihalkan seekor takur dari Sumatera.[2]

Pemerihalan[sunting | sunting sumber]

Di Genting Highlands, Malaysia

Saiznya sederhana besar (28 cm). Dewasa secara keseluruhannya hijau dan bertengkuk perang-pulasan, loreal kelabu, jalur putih di dahi, tekak hijau, diikuti dengan jalur kuning terang sebelum jalur hitam, kelihatan seperti kalung yang memisahkan perut. Paruhnya perang kekuningan dengan jalur menegak hitam. Jambulan bulu berada di pangkal paruh. Jantan berjambulan atas warna jingga api.[3]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Di Bukit Fraser, Malaysia, Ogos 1994

Ia mendiami hutan pergunungan malar hijau berdaun lebar antara 1,070 dan 2,010 m (3,510 dan 6,590 ka) di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera.[3]

Tingkah laku dan ekologi[sunting | sunting sumber]

Ia ialah burung penetap dan memakan buah ara, buah-buahan lain, artropod, dan serangga. Seruannya sangat mirip dengan reriang.[4]

Ancaman[sunting | sunting sumber]

Ancaman utamanya ialah penangkapan dan perdagangan haram sebagai haiwan peliharaan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b BirdLife International (2016). "Psilopogon pyrolophus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22681588A92912144. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22681588A92912144.en. Dicapai pada 17 November 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "iucn status 17 November 2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Müller, S. (1835). "Aanteekeningen over de natuurlijke gesteldheid van een gedeelte der westkust en binnenlanden van Sumatra, met bijvoeging van eenige waarnemingen en beschrijvingen van verscheid dieren". Tijdschrift voor Natuurlijke Geschiedenis en Physiologie. 2: 315–355.
  3. ^ a b Robson, C. (2000).
  4. ^ del Hoyo, J.; Collar, N. J.; Kirwan, G. M. (2014). "Fire-tufted Barbet Psilopogon pyrolophus". Dalam del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J.; Christie, D.A.; de Juana, E. (penyunting). Handbook of the Birds of the World and BirdLife International Illustrated Checklist of the Birds of the World. 7: Jacamars to Woodpeckers. Barcelona, Spain and Cambridge, UK: Lynx Edicions and BirdLife International.
  5. ^ Shepherd, C. (2006). "The bird trade in Medan, north Sumatra: an overview". Birding Asia. 5: 16–24.